Popular Posts

Saturday, December 12, 2015

MIRI kawe mari..

Hahaha.. baru teringat nak cita sal aku ke miri sewaktu berada di Brunei.. Itu pun atas pelawaan saudara kawan aku yang dah lama ajak kami ke rumahnya.. jika tak bersambut tak sedap la pulakkan. so kami pun decide la nak ke Miri selama 3 hari.. So 3/11 kami pun berangkat la ke Miri. kali ini kami menggunakan perkhidmatan bus dari Brunei ke Miri.. dapat juga berasa pengalaman menaiki bus melalui sempadan negara haha.. plan asal kami nak bertolak pagi tetapi disebabkan tak ada orang yang boleh hantarkan kami ke bandar so kami pun tukar la plan pergi trip petang. kami bertolak dalam pukul 1 tengahari dan sampai ke Miri dalam pukul 5 petang..


ni la bus kami naik


Sampai saja kami dijemput oleh Acik Hawa bersama anaknya, tinggal la kami dirumahnya selama 3 hari.hihi.. segan juga duduk rumah orang lama2.. haha.. disebabkan kami sampai dah malam so hari tu kami stay saja di rumah. esoknya kami pergi ke pusat kraf tangan tok beli sedikit cenderamata untuk kenang-kenangan. lepas jejalan sekejap kami singgah ke kedai kek batik.. dah lama x makan kek batik Sarawak tp kek kegemaran aku dah habis huhu.. sedih nya!!...

petang itu pulak kami pergi ke Miri Crocodile Farm (betul tah ejanya haha).. First time sampai sini dan tambahan plak aku ni pencinta binatang yg tak berapa nak tegar so excited la nak tengok boya dan binatang lain dek kerana dekat brunei aku hanya nampak Ambuk saja tiap2 hari. haha..



masuk la kami melawat boya-boya selepas membayar dan mendapat gelang masuk.. puas la hati dapat tengok binatang tp disebabkan ni taman boya so kebanyakkan adalah boya..muahaha.. ni first time aku tengok boya yang banyak dan besar2 sampai aku terbayangkan kalau la aku jatuh sempat tak nak lari huhu.. mohon dijauhkan..

pengalaman yang paling best adalah bila aku dapat bagi boya makan..memang menakutkan haha. kuat kot tarikannya sampai aku kena bantu dengan kawan untuk tarik balik kayu yang aku pegang.. dan yang paling best juga bila kami dapat bergambar dengan beruang yang sangat sedap dipeluk haha.. kalau la boleh bawa balik dah lama aku angkuk.. best giler saat dia baring setelah dapat susu..hoho.. hangat je badan dia dengan bulu yang halus...tapiii yang x tahannya baunya MasyaAllah..... wangi sangat macam nak sakit hidung aku haha.. dah lama x mandi kot muahaha.. kami juga sempat bergambar dengan ular klu tak silap jack kot nama dia hah..



bersama kak Aniah




hari tu satu hari kami jalan sebab esoknya dah nak balik Brunei balik da.. Alhamdulillah sempat berjalan ke Sabah dan Sarawak sepanjang berda di Brunei.. Limbang je x sempat nak jejak.. ermmm lain kali lah kalu ada rezeki hihi..


terima kasih cik Hawa sekeluarga kerana sudi menjemput dan menerima kami yang diperantauan ni dan terima kasih juga kak Niah dah bawa kami jalan-jalan haha..

TERIMA KASIH ATAS KENANGAN INI

Alhamdulillah dah berakhir la semalam kenangan kami di JDPI walaupun aku masih lagi diperlukan untuk 1 semester haha.. (poyo padahal terpaksa) hehe.. Terima kasih kepada adik2 junior yang sanggup  bertungkus lumus mengadakan majlis makan malam untuk kami senior2 yang bakal menghabiskan sisa2 pengajian kami.. kalau sem lepas kami n the geng yang bertungkus lumus dalam meraikan senior2 kami tp malam td kami pulak yang diraikan..sekejap jer  rasa macam semalam baru kami mendaftar. pejam celik pejam celik dan hampir tiga tahun setengah kami berjuang di Universiti Malaya ini. segala perit lelah suka duka kami tempuhi bersama.

18 orang puteri tanpa putera tidak menghalang kami untuk bergerak dan bergerak dan bergerak bagi menjayakan program2 jabatan. tanpa tenaga lelaki kami mampu berjuang haha.. Alhamdulillah kerana aku dikurniakan mereka2 yang sangat sporting dan boleh bersama-sama dalam menempuh perjuangan kami sepanjang 3 tahun setengah ini.. bersama mereka lah aku mengenali apa itu sahabat, apa itu kawan dan apa itu lawan.. huhu bersama mereka aku menempuh hari-hari aku disini dengan berkat dan izin daripada Allah juga.

semoga kenangan kita sepanjang perkenalan ini akan tetap terpahat rapi tersimpan kemas didalam sanubari kita semua.. tahniah bagi yang mendapat anugerah akademi, daie harapan, cabutan bertuah dan juga Princess of the night kita kongker.. haha ..jumpa nanti di majlis konvo .. insyaAllah.. semoga berjaya dalam menyiapkan FYP dan Final exam yg akan datang.. terima kasih kerana memberi aku kenangan manis dan pahit bersama..hehe




sayang sebab semua tak dapat hadir dek kerana ada kekangan masing2



Untuk adik-adik junior (walaupun tak kan ada yang baca blog ni, aku nak juga tulis haha) terima kasih kerana sudi meraikan kami dalam majlis yang bagi aku cukup hebat didalam keadaan kewangan yang tidak mengizinkan untuk dibuat di hotel2 besar namun ianya cukup bererti buat kami kakak-kakak senior.. terima kasih juga atas penghargaan dan anugerah yang diberikan walaupun aku tidak layak untuk mendapat semua itu. ..


ni la muka2 penggerak dinner semalam


 Buat 'ahli keluarga' Family Day (yg teramat aku sayang), Anugerah itu untuk korang semua. tanpa kalian aku tidak akan dapat bergerak.. Terkejut juga bila nama aku dipanggil saat fikiran aku menjangkakan orang lain yang akan mendapatkannya.. haha.. (nasib baik tak keluar balik ayam dalam mulut) ..



Anugerah pengarah program khas untuk korang warga family FD

akhirnya bagi entri last tahun ini (sehingga berjumpa line internet haha) aku nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis makan malam untuk kami senior2.. sangat happy malam tadi.. teruskan perjuangan kalian dan jangan lupakan kami walaupun kami tidak penting untuk diingati haha..

p/s: gudluck final exam .. insyaallah sem depan kita jumpa lagi.. berkelip2 la mata kami bertujuh nanti.. huhu sedih nya :"(

Thursday, December 10, 2015

KENANGAN DEMI KENANGAN

Alhamdulillah sudah  2 minggu aku kembali ke Malaysia setelah 3 bulan berada di negara orang dan baru sempat nak buka blog haha... Happy dapat jumpa Malaysia lagi.. Ha ha ha..  Bila jumpa je saudara mara semua bertanya best ke duduk negara orang? rindu tak bila dah balik sini? macam-macam lagi lah.. Yes.. rindu tu mesti lah rindu pada awal-awal tu sebab kita dah tgerbiasa dengan suasana awal di Brunei. bila balik rumah tu terasa la sikit macam ada kehilangan sesuatu. Tp biasa la best tempat orang best lagi tempat kita.. kannn.. Macam-macam kenangan dan pengalaman yang tidak akan dilupakan sepanjang di UBD. harap dapat la jejakkan kaki ke situ suatu hari nanti. ermm..





bergambar kenangan dengan lecture dan sahabat sepanjang 3 bulan.. huhu sedih la pulak haha

Sunday, November 15, 2015

Counting Days

Sedar tak sedar tinggal 2 minggu je lagi aku dekat UBD dan 2 minggu lagi aku akan kembali ke negara asalku Malaysia.. huhu sedih la pulak walau awal2 dulu macam x sabar nak habis hihi.. manusia mcm ni la bila dah biasa dengan tempat yang tidak biasa dulu.haha.. Pengalaman kan.. InsyaAllah segala kenangan pahit getir suka duka kecewa akan menjadi kenangan abadi dalam diri aku.. Disini la aku dapat mengenali pelbagai jenis dan ragam manusia yang datang dari pelbagai pelusok dunia. dari utara ke selatan dari timur ke barat hihi.. Sini aku dapat kenal dengan kawan-kawan dari Indonesia, Japan, Korea, Thailand, Filifina dan juga tentulah dari Malaysia dan Brunei sendiri walaupun mereka tidak kenal aku..hihi macam mana nak kenal sebab jumpa time Lunch dengan Pengurusan International Student je hihi tu pom tak bertegur.. selisih pun tak bertegur hihi kadang-kadang geram juga dengan diri sebab ini la masanya untuk kita mengenali orang dan budaya negara mereka. Berkawan hanya di facebook dan instagram je sekadar like n like n like.. 

So,mengharapkan keajaiban akan berlaku dalam 2 minggu yang berbaki dapat la bertegur sapa dengan semua Student International yang lain.. dapat borak2 sal negara diorang itu la impian aku disebabkan aku sebenarnya kaki jalan melawat negara orang tapi apakan daya ekonomi tidak mengizinkan haha... next persinggahan yang ada dalam plan aku next year nak ke Singapore menghabiskan list negara jiran terlebih dahulu insyaAllah jika Allah mengizinkan selepas Cambodia dan Brunei kujejaki.. kena la kumpul duit dari sekarang.. hehe



ini la kawan-kawan Exchange aku dekat Brunei


lunch time with Mr Abby, Pn. Sabrina dan Cikgu Sandy

ini gambar sewaktu first aku lunch dengan diorang semua tapi second lunch aku tak dapat join disebabkan aku punya trip ke KK hari yang sama.. sedih juga tapi nak buat macam mana tiket dah book. So harap ada la lagi aktiviti untuk kami sebelum last.. pergi champing ke, outing together..

UNITY WALKATHON BPMFASS UBD

dah lama rasanya tak update cita dekat blog.. haha.. so hari ni rasa nak cerita la sikit sal program yang aku join mungkin untuk kali terakhir dan aktiviti terakhir aku dekat Universiti Brunei Darussalam.. Semalam baru lepas penutup bagi minggu kesihatan dan aku join unity walkathin memandangkan kelas aku dekat sini tak banyak dan disebabkan kelas tak banyak so lemak badan semakin aktif membiak haha.. Untuk memenuhi masa aku pun register la tok join walkathon.. Dah sampai hari kejadian, mak aihh terkejutnya.. mana peserta???haha cuak dah ingt dah cancel ke apa..haha.. rupenya kami awal sampai kihkihkih. lepas sign in dan jumpa beberapa orang kawan exchange yang lain, aku pom berwarming up la.. lepas warm up kami dilepaskan.. bila walkathon kena jalan je la. mula boringnyer jalan tengah-tengah panas tp happy bila kami buat drama tengah-tengah jalan.. boleh katakan kami je yang bising haha..hampir separuh UBD kami jalan dalam masa 45 minit. sampai je line penamat semua cari air dan kamera haha.. Sementara menunggu penat hilang, kami disajikan dengan mini konset ala2 akustik.. tengah lepak tepi taman tu datang la sorang kakak media nak ambil gambar kitaorang.katanya nak masukkan dalam paper.. aku fikir UBD punya paper sekali Brunei punya.hihi famous la sekejap haha..mungkin saat ini akan dirindui jua bila dah kembali ke Malaysia..


muka penat lepas berjalan pom bolih lagi pose..


before walkathon kita wepie dulu.
yg depan ni kawan brunei ,yang bertudung biru kawan dari UKM dan yang bershawl krim kawan dari indonesia..hihi



oversea dalam anganan


ni la paper Brunei yang terpapar muka kami hihi

Saturday, October 31, 2015

2 bULAN bERLALU

Alhamdulillah sedar tak sedar dah dua bulan kami dekat Brunei. Macam-macam dah kami lalui dari suka duka perit susah payah genting semua kami lalui dengan tabah dan sabar.hoho.. pengalaman ini tidak akan dilupakan..sangat berharga.. disini aku mengenali diri ku dengan lebih lagi.. so dengan tinggalnya sebulan lagi masa kami disini kita guna la dgn sepenuh baik untuk jelajaaaah Brunei hahaha.. tp sedar @ tidak 3 minggu je lagi nak final..alamak cuak la plak sebab kita tak tahukan sistem disini mcm mana..huhu.. ok la nak rest jap sebelum kelas pukul 2 nanti..byai


Hostel ku sini..sangat cantik pemandangan dia..

Monday, October 26, 2015

kisah aku sebagai seorang budak Intern

#Throwback ke beberapa bulan lepas haha

Tetiba je teringan balik kenangan sewaktu buat internship dekat JPN Negeri Pahang.
Disebabkan dah tahun 3 dan tinggal lagi satu sem *kalau x join program pertukaran pelajar* hehe jadi sepanjang cuti sem kami kena mengikuti latihan industri sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Universiti kami. Jadi bertungkus lumus la kami mencari tempat yang intern yang bersesuaian dengan bidang kami.. tapi disebabkan ramai sangat pemohon jadi ada diantara permohonan kami ditolak..hehe jadi aku pom decide la nak buat intern dengan kawan aku. kebetulan tempat intern tu berdekatan dengan rumah abang aku so aku on je lah internship dekat situ. dua bulan aku dengan kawan aku internship dekat JPN dibawah Sektor Pendidikan Islam (SPI). kebetulan ada lagi seorang student dari UKM juga buat internship dekat situ so tambah la kawan aku haha... duduk la kami bertiga dekat situ.. hihi macam-macam la yang kami dapat belajar dan ambil sepanjang internship selama 2 bulan. macam-macam kerenah dan ragam kami jumpa hihi.. part paling best, pegawai2 dan staf2 dekat situ semua sporting n sempoi.. macam-macam program la aku join dari yang pernah join sampai la ke yang tak pernah dalam hidup aku join pom aku buat haha.. antara kenangan sepanjang LI dekat SPI. kita throwback dengan gambar hihi.


sambutan raya JPNP


kena jadi model tok sektor sebelah


Persiapan Sambutan Raya SPI


Bersama Staf2 dkt SPI


oren menyerlah haha



tengah plan strategi nak bertempur hihi


khusyuk mengukir ha ha


penyelia nak datang so kita welpie dulu


kem gemilang skor A+
(last program esoknye dah last day :'( )



sekejap je 2 bulan, pejam celik pejam celik dah hari last kami kat SPI. sedih pulak rasa. keesokkannya dah nak kena terbang ke Brunei.. hari last adalah majlis perpisahan bagi kami dan juga seorang pegawai yang berpindah ke Bentong. memang kami sangat terharu dan paling mengejutkan hadiah yang kami dapat.. terkedu terkelu kami waktu tu..nak nangis pun ada.serba salah dibuatnya kerana kami tidak pula menyediakan apa2 untuk diberikan sebagai kenangan. 




sebahagian hadiah yang kami dapat..bukan share tau tapi seorang.. hihi


terima kasih kepada semua pegawai2 dan staf2 dekat SPI kerana menerima kami dan memberi tunjuk ajar kepada kami. minta maaf ye atas kesusahan dan kesalahan yang kami lakukan..huhu..




Thursday, October 22, 2015

BJFA-UBD

saja je masuk malam ni nak cita sikit pengalaman aku pakai Yukata @ Kimono kalau di Korea.. disebab sewaktu di UM aku tak sempat nak cuba pakai Kimono jadi aku buat keputusan untuk join kawan aku pergi ke Kurakata yang dianjurkan oleh kelab Jepun di UBD ni..
pada awalnya hanya kami berenam sahaja pesertanya tetapi setelah tamat satu games baru la bertambah pesertana hihi.. okey first games yang kami main adalah KARUKATA.. ini first time aku main games ni tp sebelum ni perlah la tengok orang main tak tahu plak namanya Karukata haha... Karukata kami pada hari ni hanya berbentuk basic mungkin sebab kami semua masih baru dengan games ni.. okay first round aku lawan kawan aku sendiri dan menang dengan 4;3. so next round ada 4 orang yang berjaya dan salah sorangnya adalah kawan aku juga, so aku decide nak pilih orang lain untuk lawan. bagi second round, alhamdulillah aku menang juga tapi menang yang teramat tipis 7:6 haha.. memang seronok r main ni.. okay untuk final round kad kami semakin bertambah dari 7 ke 13, dari 13 ke 19(kalau x silap aku la).haha, mmg hebat la aku nak ingt kedudukan kad tu kan.... waktu la nebes aku datang menyerang haha..so final round aku terpaksa surrender dengan terpaksa .. tapi aku enjoy games tu walaupun kalah.. tips main games tu kena fokus then dengan perkataan pertama yang disebut,so blh la nak aim kan gambar yang mungkin akan disebut.. :)



lawan sewaktu final

second games

hadiah yang aku dapat haha

lps main kami rest kejap.. dalam 10 minit kami sambung kembali dengan yukata session.. ahli kelab mula la menunjukkan demo kepada kami cara pemakaian Yukata ni..fuh memang susah kalau nak pakai sorang2..x cukup tangan haha.. lps demo kami pun berpecah kepada 3 group dan lepas tu mula la pertandingan memakai yukata dengan pantas..Alhamdulillah group kami terpantas haha..yang lain baru setengah pemakaian kami dah siap bergambar haha.. kami diberi masa 5 minit sorang untuk mencuba yukata.. giliran aku tiba dengan pelawaan dari group sebelah yg diketuai oleh ahli kelab sendiri..hah!!! ape lagi memang la hancur aku dikerjakan diorang..tarik sehabis mungkin untuk ketatkan tali dan reben belakang tu..mak aihhh semput nak tahan nafas smpai nak ckp pun dah tak berapa nak lepas haha.. simple je sebenarnya cara nak pakai yukata ni.. belit situ belit sini dah siap haha.. dapat la juga pengalaman ,lps ni nak kawin ambk persalinan yukata pom blh je buat sendiri haha *berlagaknyerrr* :P 


student exchange juga macam aku dari Indonesia..


ni la hasil tarik sana tarik sini


kol 5 program kami tamat dah sebelum bersurai kita bergambar dulu sampai pengsan hahaha..


ini je yang datang haha... 

thanks gais... happy sangat hari ini..harap lps ni dapat mencuba budaya Korea dan China pulak.. 
okeiii mata dah kuyu..sini kol 12 dah macam kol 1 pagi..mengantuknya tu lain sikit.. lambat tido mau esok x bangun haha.. k bai..



Tuesday, October 20, 2015

TODAY IS MY DAY...

Alhamdulillah Allah memberi kesempatan kepada aku untuk terus menikmati kehidupan..

Oh yeahhh.. hari ni besday aku.. nak cita sikit la pasal besday tahun ni..

kalau tahun 2011 @ 2012 aku berangan nak sambut besday dekat Korea tapi plan tak jadi sebab orang x nak bawa kita .. sedih kot .. tp tahun ni aku sambut besday dekat negara orang sorang2.haha nasib la ada kawan 4 orang ni kalau x haru la juga mengenangkan nasib diri... kihkih..
okay bercakap pasal 4 orang sahabat aku nih buat rasa nak nangis pom ade tp coolll..
hihi dalam diam diorang plan nak kenakan aku.. cis..... alkisahnya begini.. disebabkan semalam kami jalan2 dekat bandar seri begawan dari pagi sampai la ke petang, so aku fikir nak tidur awal la..nak rest sbb esoknya ade kelas pukul 8 pagi lagi. lepas layan cita jap n lps kawan aku sorang ni balik ke bilik, aku pun bersiap2 la nak tidur.. jam waktu tu dalam pukul 11.30 malam kot.. sebelum tido aku offkan wifi.. dah tutup lampu semua baca doa semua aku pun tido la..disebabkan badan penat memang cepat la lenanya.. tiba-tiba bunyi ketukan dekat pintu, nak ikutkan hati malas nak bangun buka.. nak biarkan je.. tp fikirkan kawan aku nak ambik barang , ok gagah la juga bangun.. masuk la sorang kawan aku ni,dia terus menuju ke heather,kata nk ambk tp muka dia x leh blah..mcm org tengahbuat salah..waktu tu dia mcm mencari2 sesuatu dan tiba2 je buka lampu aku tanpa minta izin plak tu hahaha..korang nak tahu yang buat aku peliknya, dia buka lampu lepas tu dia gelak memang aku pun cuak, sekali masuk la kawan aku yg lagi 3 tu dengan serangan tepung gandum.. mak aihhh terkejut la aku.. x terkata kejap tp tangan laju je ambik tepung baling balik dekat muka diorang haha.. tp mmg waktu tu aku rasa nak nangis sbb terkejut dan terharu tp kawal je sbb malu haha.. buat muka x de perasaan.. hihi maaf ye kawan2, teman mu sorang ni x pandai nak beri reaksi sikit..haha...
buat la party dipagi hari pukul 12.03 Pagi.. tp bila fikir balik kenapa la aku buka pintu .. kalau la aku biarkan je kan hancur plan diorg, so aku menang haha.. btway..terima kasih korang.. ni asenya surprise yang pertama sejak aku besar ni haha..last sambut besday asenya waktu umur 11 tahun kot @ 10 tahun hihi..lamanya dah x sambut..selalu dapat wish jer.. tp tahun ni dapat surprise tepung n kek meggi haha.. unik n kreatif tau kawan2 aku ni.. so menambahkan lemak la kami semua malam tu..


ni la kek meggi buatan kawan2ku..

tapi birthday tahun ini tak dapat nak cakap dengan parents..ermm sedih.. :'(
okay la  selagi ada masa aku nak wish la tok diri sendiri.. haha
Happy Birthday Diri..


terima kasih kepada semua yang mendoakan aku ..

Thursday, October 15, 2015

BRUNEI KAMI KEMBALI

Alhamdulillah .. Diberi kesempatan untuk menyambung kembali cerita kami ke KK..
hehehe

Okeiilah 9/10 adalah hari terakhir kami di KK.. disebabkan flight kami petang dan barang pom dah hbs kemas, kami ambik keputusan untuk ke UMS bagi mengantikan plan kami yang sepatutnya ke UMS pada hari kedua. Pagi tu kami pon pergi la ke UMS untuk melihat marine dan aquarium mini la bagi aku hohoho.. sampai je tgk2 pukul 9 baru buka,kami sangkakan pukul 8 pagi dah buka..sementara menunggu kami mengisi perut terlebih dahulu. tepat pukul 9 kami masuk ke dalam marine muzium dan aquarium..jalan2 la dlm tu sekejap dan tepat pukul 10 kami keluar dari UMS dan kembali ke penginapan kerana kami perlu check out pukul 12 tengahari..





 disebabkan Zohor disabah awal, kami minta untuk keluar lewat sedikit supaya kami dapat solat dulu dan alhamdulillah pihak apartment membenarkannya. tepat pukul 12.30 kami check out.. sebelum ke airport kami mencari dulu car wash..nak mandikan SAB yang kami pinjam.. jalan punya jalan jumpa la satu kedai mencuci kereta.. kami pom mandiakan je kereta dekat situ.. sambil menunggu kereta dicuci kami mengira semua perbelanjaan kami sepanjang di Sabah.. selepas kereta dah bersih , kami pun menuju ke Airport, dan kami berjanji untuk menyerahkan kereta kepada uncle dekat airport.. kami adalah juga tinggalkan sedikit cenderahati dekat akak punya kereta haha sebagai tanda penghargaan dan minta maaf kami sepanjang penggunaan kereta tersebut.. hihihi..

kami cari makan dulu sebelum check in, tapi... flight kami delay la plak.. sampai je brunei trs ke UBD sebab dah lambat nak solat maghrib..

huhu habis sudaa trip kami ke Kota Kinabalu.. Harap nanti kami akan dapat ke tempat lain pulak bersama dan berlima.. :)


KUNDASANG KAMI TERJAH...

Assalamualaikum.. selamat pagi..

he he he...
 ok lah tengah tunggu idea cerpen masuk, aku sambung kejap sal trip kami ke Kota Kinabalu..

Hari ketiga lps penat kena lambung dengan ombak, kami pergi ke Kundasang. Kami bertolak dalam pukul 6.45 pagi disebabkan nak kejar masa jalan2 dekat Kundasang. Perjalanan kami mengambil masa dalam 3 jam dari Kota Kinabalu.. berpandu kepada GPS kami menuju ke Kundasang buat kali pertama dan drive sendiri.  sangat mencabar dengan jalan yang berbukit dan bengkang bengkok serta lori dan bus yang sangat banyak dan laju2 haha..kerdil je rasa kita kat jalan tu.. Alhamdulillah kami selamat sampai dengan lindungan Allah.

Tempat pertama yang kami berhenti adalah Kota Kinabalu Park.. Kami hanya masuk dgn menggunakan kereta sahaja kerana waktu itu kebanyakkan tempat dalam pengubahsuaian. Jadi keadaan tidak mengizinkan kami untuk meneroka lebih jauh. So kami hanya sempat snap gambar dekat depan2 je haha...




kami teruskan lagi perjalanan menuju ke destinasi kedua iaitu Dairy Castle Farm dimana awda bolih mendapatkan susu segar dan melihat kawanan lembu-lembu bertompok hitam dan putih yang selalu dijadikan watak dalam cerita kartun..haha.. tapi satu je yg x puas aty, jalan nak masuk ke dalam tu MasyaAllah... sampai aku tak tahu nak komen ape..samgat teruk berlubang sana berlubang sini.. mmg kalau naik kereta kecil sakit la juga nak ke sampainya.. sampai je trus denganyakin berjalan ke arah pintu masuk sekali x jumpa jalan nak ke barn..haha.. So hidup kena selalu bertanya kalau tak sesat nanti.. kami pun tanya la dengan akak dan abang ni jalan nak masuk..abang tu pom tunjuk la jalan yang betul2 depan kitaorang waktu tu lorong yg sngt kecik nak sauk jari kaki pun x muah haha....hihi ok yg ni tipu.. abang tu pun tunjukla jalan nak ke barn..kami  bergerak menuju ke barn dan sebelum tu kami singgah ke kandang calf dulu.. tengok anak lembu yang comel2..kami mengambil kesempatan untuk mendapatkan pengalaman dengan memberi anak lembu itu susu dan rumput.. uishhh berebut2 diorang sebab lapo sampai kita sekali rasa tertarik ke dalam haha..


beratur nak beli susu dan produk lain..

penjaga kaunter..opss haha


come to mommy..

kuat isapan calf ni..tertarik2 tangan kita..

rumput..rumput...




Dah dapat susu apa lagi kami teruskan perjalanan ke next destination. Plan nak ke Poring Hotspring tapi disebabkan laluan dia sehala dengan ladang teh Sabah so kami decide nak ke Ladang teh dulu. Dalam perjalanan turun nanti kami akan singgah ke fish massage dan Poring Hotspring. begitu la plan kami.. namun apakah daya kita insan yang lemah, dalam perjalanan nak masuk ke Ladang teh tu tiba2 je hujan lebat sekali.. kami sempat ke long haouse je.. so disebabkan hujan kami buat keputusan untuk balik terus ke Kota Kinabalu. kalau ke hotspring n fish massage pun still tak dapat turun sebab hujan.. semuanya pasrah dalam terpaksa.. tak pe lah nanti next time kita plan lain plak..


jemput masuk..



driver amatur hahaha 

Kami gilir-gilir la drive berdua disebabkan ketua driver tak sihat huhu.. Melihat ciptaan Allah sepanjang jalan menginsafkan aku.. InsyaAllah satu hari nanti aku akan bawa family aku kesini bagi merealisasikan perancangan yang dah lama tertangguh.. insyaAllah boleh la mula budget2 sikit2 cuma klu minta tlg tunjuk jalan tu bukan aku lah haha.. segunung mana aku bawa pun x tahu.. 

petang itu  setelah sampai je ke KK terus keluar cari Ole2 nak bawa balik Brunei sebelum pos balik ke Semenanjung. Jalan2 sampai la malam baru balik penginapan  haha.. Esoknya dah last day.. Sob asenyer nak balik Brunei dah... Tinggalkan udara Malaysia..

okeii idea cerpen datang dah.. bai sambung berangan dalam cerpen kejap..