Popular Posts

Thursday, October 15, 2015

BRUNEI KAMI KEMBALI

Alhamdulillah .. Diberi kesempatan untuk menyambung kembali cerita kami ke KK..
hehehe

Okeiilah 9/10 adalah hari terakhir kami di KK.. disebabkan flight kami petang dan barang pom dah hbs kemas, kami ambik keputusan untuk ke UMS bagi mengantikan plan kami yang sepatutnya ke UMS pada hari kedua. Pagi tu kami pon pergi la ke UMS untuk melihat marine dan aquarium mini la bagi aku hohoho.. sampai je tgk2 pukul 9 baru buka,kami sangkakan pukul 8 pagi dah buka..sementara menunggu kami mengisi perut terlebih dahulu. tepat pukul 9 kami masuk ke dalam marine muzium dan aquarium..jalan2 la dlm tu sekejap dan tepat pukul 10 kami keluar dari UMS dan kembali ke penginapan kerana kami perlu check out pukul 12 tengahari..





 disebabkan Zohor disabah awal, kami minta untuk keluar lewat sedikit supaya kami dapat solat dulu dan alhamdulillah pihak apartment membenarkannya. tepat pukul 12.30 kami check out.. sebelum ke airport kami mencari dulu car wash..nak mandikan SAB yang kami pinjam.. jalan punya jalan jumpa la satu kedai mencuci kereta.. kami pom mandiakan je kereta dekat situ.. sambil menunggu kereta dicuci kami mengira semua perbelanjaan kami sepanjang di Sabah.. selepas kereta dah bersih , kami pun menuju ke Airport, dan kami berjanji untuk menyerahkan kereta kepada uncle dekat airport.. kami adalah juga tinggalkan sedikit cenderahati dekat akak punya kereta haha sebagai tanda penghargaan dan minta maaf kami sepanjang penggunaan kereta tersebut.. hihihi..

kami cari makan dulu sebelum check in, tapi... flight kami delay la plak.. sampai je brunei trs ke UBD sebab dah lambat nak solat maghrib..

huhu habis sudaa trip kami ke Kota Kinabalu.. Harap nanti kami akan dapat ke tempat lain pulak bersama dan berlima.. :)


No comments:

Post a Comment