Popular Posts

Monday, October 26, 2015

kisah aku sebagai seorang budak Intern

#Throwback ke beberapa bulan lepas haha

Tetiba je teringan balik kenangan sewaktu buat internship dekat JPN Negeri Pahang.
Disebabkan dah tahun 3 dan tinggal lagi satu sem *kalau x join program pertukaran pelajar* hehe jadi sepanjang cuti sem kami kena mengikuti latihan industri sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Universiti kami. Jadi bertungkus lumus la kami mencari tempat yang intern yang bersesuaian dengan bidang kami.. tapi disebabkan ramai sangat pemohon jadi ada diantara permohonan kami ditolak..hehe jadi aku pom decide la nak buat intern dengan kawan aku. kebetulan tempat intern tu berdekatan dengan rumah abang aku so aku on je lah internship dekat situ. dua bulan aku dengan kawan aku internship dekat JPN dibawah Sektor Pendidikan Islam (SPI). kebetulan ada lagi seorang student dari UKM juga buat internship dekat situ so tambah la kawan aku haha... duduk la kami bertiga dekat situ.. hihi macam-macam la yang kami dapat belajar dan ambil sepanjang internship selama 2 bulan. macam-macam kerenah dan ragam kami jumpa hihi.. part paling best, pegawai2 dan staf2 dekat situ semua sporting n sempoi.. macam-macam program la aku join dari yang pernah join sampai la ke yang tak pernah dalam hidup aku join pom aku buat haha.. antara kenangan sepanjang LI dekat SPI. kita throwback dengan gambar hihi.


sambutan raya JPNP


kena jadi model tok sektor sebelah


Persiapan Sambutan Raya SPI


Bersama Staf2 dkt SPI


oren menyerlah haha



tengah plan strategi nak bertempur hihi


khusyuk mengukir ha ha


penyelia nak datang so kita welpie dulu


kem gemilang skor A+
(last program esoknye dah last day :'( )



sekejap je 2 bulan, pejam celik pejam celik dah hari last kami kat SPI. sedih pulak rasa. keesokkannya dah nak kena terbang ke Brunei.. hari last adalah majlis perpisahan bagi kami dan juga seorang pegawai yang berpindah ke Bentong. memang kami sangat terharu dan paling mengejutkan hadiah yang kami dapat.. terkedu terkelu kami waktu tu..nak nangis pun ada.serba salah dibuatnya kerana kami tidak pula menyediakan apa2 untuk diberikan sebagai kenangan. 




sebahagian hadiah yang kami dapat..bukan share tau tapi seorang.. hihi


terima kasih kepada semua pegawai2 dan staf2 dekat SPI kerana menerima kami dan memberi tunjuk ajar kepada kami. minta maaf ye atas kesusahan dan kesalahan yang kami lakukan..huhu..




No comments:

Post a Comment