Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk melihat keindahan ciptaannya dengan melancarkan perancangan kami untuk ke Kota Kinabalu.. Disebabkan kelas kami dekat UBD ini hanya hari Isnin dan Sabtu saja jadi kami pun plan la nak g jalan2 ke KK sementara tiket flight ada promo.. Terima kasih classmate kerana sudi uruskan tempahan tiket kami.. Ok segala persiapan telah dibuat, list tempat yg nak pergi pun dah siap dgn back up plan lagi incase la tak dpt nk pergi plan A kita pergi plan B.. Orang selalu ada 2 plan je tp kami siap ada 3 Plan A,B dan C hahaha..
Hari selasa 6/10 kami gerak la ke Airport Seri Bagawan,Brunei.. ini first time kami naik penerbangan Royal Brunei Airlines.. memang aku bagi 5 bintang r dekat RB sebab dia punya perkhidmatan terbaik la..siap ada bacaan doa lagi sebelum depart dengan pramugara dan pramugari yg berpakaian sopan dan bertudung.. Dalam kabin kami disajikan dengan jus Apple dan Orange.. Mungkin disebabkan weekday so flight x penuh dengan penumpang, jadi aku pun tukar la tempat ke sebelah gara2 nak tgk tingkat hahaha.. baru je rasanya kami depart sekali kapten buaat annoucment dah nak landing.. terkejut la kitaorg ni.. bila dah landing dah pesawat pun dah berhenti dekat dgn platform kami x dapat turun lagi dari kapal kerana pintu belum dibuka, sekali rupa2nya platform tu no service haha.. nak tergelak suara kapten memberitahu kami.. dah la sampai awal dari yg sepatutnya, platform plak no service..terpaksa la gerak ke platform sebelah baru la boleh turun.. disebabkan tidak ramai orang dan kami tidak tergesa2, jadi kami yang terakhir turun. Sebelum turun kita snap la dulu gambar dengan pramugara dan pramugari sebagai kenangan naik Royal Brunei Airlines.
Bila dah selesai urusan di airport kami menaiki bus untuk ke tempat penginapan kami iaitu di Promande Service Apartment.. Dalam perjalanan ke tempat penginapan, sempat la kami tengok sikit2 suasana dekar KK sementara bus memusing2 untuk mengambil penumpang di terminal 2 plak hohoho.. puas rasa dapat menghirup udara di Malaysia.. rasa perbezaannya dengan udara Brunei bak kata teman aku.. hihik Walaupun ini kali ke2 aku ke KK namun excited tu tetap ade sebab ini firstime trip aku just dengan kawan2..
Dah sampai dekat Promande kita check in dulu.. Ok la penginapan ini dengan harganya yg berpatutan. kami berempat so dikira murah la juga bila dikongsi hehehe.. Yang penting apartment ni dekat dengan tempat2 yg selalu pelancong pergi.. jalan kaki pon blh sampai.. Terima kasih dekat bro yg tlg bookkan untuk kitaorg..
ini la bilik kami
Untuk first day kami hanya ronda2 sekitar pasar-pasar Filipina dan Mall yg berdekatan dengan penginapan disebabkan kami sampai pun dah malam.. pukul 10 kebanyakan kedai dah tutup so kami buat keputusan untuk balik apartment dan berehat untuk ambk tenaga bagi perjalanan keesokkan harinya..
Sambung ke part 2 nanti... hehe
No comments:
Post a Comment