Popular Posts

Thursday, October 15, 2015

KUNDASANG KAMI TERJAH...

Assalamualaikum.. selamat pagi..

he he he...
 ok lah tengah tunggu idea cerpen masuk, aku sambung kejap sal trip kami ke Kota Kinabalu..

Hari ketiga lps penat kena lambung dengan ombak, kami pergi ke Kundasang. Kami bertolak dalam pukul 6.45 pagi disebabkan nak kejar masa jalan2 dekat Kundasang. Perjalanan kami mengambil masa dalam 3 jam dari Kota Kinabalu.. berpandu kepada GPS kami menuju ke Kundasang buat kali pertama dan drive sendiri.  sangat mencabar dengan jalan yang berbukit dan bengkang bengkok serta lori dan bus yang sangat banyak dan laju2 haha..kerdil je rasa kita kat jalan tu.. Alhamdulillah kami selamat sampai dengan lindungan Allah.

Tempat pertama yang kami berhenti adalah Kota Kinabalu Park.. Kami hanya masuk dgn menggunakan kereta sahaja kerana waktu itu kebanyakkan tempat dalam pengubahsuaian. Jadi keadaan tidak mengizinkan kami untuk meneroka lebih jauh. So kami hanya sempat snap gambar dekat depan2 je haha...




kami teruskan lagi perjalanan menuju ke destinasi kedua iaitu Dairy Castle Farm dimana awda bolih mendapatkan susu segar dan melihat kawanan lembu-lembu bertompok hitam dan putih yang selalu dijadikan watak dalam cerita kartun..haha.. tapi satu je yg x puas aty, jalan nak masuk ke dalam tu MasyaAllah... sampai aku tak tahu nak komen ape..samgat teruk berlubang sana berlubang sini.. mmg kalau naik kereta kecil sakit la juga nak ke sampainya.. sampai je trus denganyakin berjalan ke arah pintu masuk sekali x jumpa jalan nak ke barn..haha.. So hidup kena selalu bertanya kalau tak sesat nanti.. kami pun tanya la dengan akak dan abang ni jalan nak masuk..abang tu pom tunjuk la jalan yang betul2 depan kitaorang waktu tu lorong yg sngt kecik nak sauk jari kaki pun x muah haha....hihi ok yg ni tipu.. abang tu pun tunjukla jalan nak ke barn..kami  bergerak menuju ke barn dan sebelum tu kami singgah ke kandang calf dulu.. tengok anak lembu yang comel2..kami mengambil kesempatan untuk mendapatkan pengalaman dengan memberi anak lembu itu susu dan rumput.. uishhh berebut2 diorang sebab lapo sampai kita sekali rasa tertarik ke dalam haha..


beratur nak beli susu dan produk lain..

penjaga kaunter..opss haha


come to mommy..

kuat isapan calf ni..tertarik2 tangan kita..

rumput..rumput...




Dah dapat susu apa lagi kami teruskan perjalanan ke next destination. Plan nak ke Poring Hotspring tapi disebabkan laluan dia sehala dengan ladang teh Sabah so kami decide nak ke Ladang teh dulu. Dalam perjalanan turun nanti kami akan singgah ke fish massage dan Poring Hotspring. begitu la plan kami.. namun apakah daya kita insan yang lemah, dalam perjalanan nak masuk ke Ladang teh tu tiba2 je hujan lebat sekali.. kami sempat ke long haouse je.. so disebabkan hujan kami buat keputusan untuk balik terus ke Kota Kinabalu. kalau ke hotspring n fish massage pun still tak dapat turun sebab hujan.. semuanya pasrah dalam terpaksa.. tak pe lah nanti next time kita plan lain plak..


jemput masuk..



driver amatur hahaha 

Kami gilir-gilir la drive berdua disebabkan ketua driver tak sihat huhu.. Melihat ciptaan Allah sepanjang jalan menginsafkan aku.. InsyaAllah satu hari nanti aku akan bawa family aku kesini bagi merealisasikan perancangan yang dah lama tertangguh.. insyaAllah boleh la mula budget2 sikit2 cuma klu minta tlg tunjuk jalan tu bukan aku lah haha.. segunung mana aku bawa pun x tahu.. 

petang itu  setelah sampai je ke KK terus keluar cari Ole2 nak bawa balik Brunei sebelum pos balik ke Semenanjung. Jalan2 sampai la malam baru balik penginapan  haha.. Esoknya dah last day.. Sob asenyer nak balik Brunei dah... Tinggalkan udara Malaysia..

okeii idea cerpen datang dah.. bai sambung berangan dalam cerpen kejap.. 



No comments:

Post a Comment