Popular Posts

Wednesday, April 27, 2016

KESAN PENYEBARAN VIRAL DI MEDIA SOSIAL


Penggunaan internet tidak asing lagi bagi masyarakat dunia pada era ini seiringan dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih dari semasa ke semasa termasuklah Malaysia memberi impak yang positif bagi jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang. Internet menurut kamus dewan edisi keempat bermaksud rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia. Dengan menggunakan trademark “Maklumat Di Hujung Jari Anda”, Malaysia tidak terkecuali daripada menjadi mangsa kepada media baru iaitu internet dengan lahirnya pelbagai media sosial seperti facebook, twitter, aplikasi whatsapp, weechat dan sebagainya yang semakin memberi kesan dan isu  kepada masyarakat.

Antara isu yang hangat diperkatakan pada akhir-akhir ini adalah isu penyebaran maklumat yang tidak diketahui akan kesahihannya atau dikenali sebagai viral. Apakah yang dimaksudkan dengan viral? Viral boleh dikaitkan dengan pembabitan dengan penyebaran maklumat dan perkongsian cerita atau pendapat yang dihasilkan oleh seseorang dan disebarkan melalui media sosial sama ada melalui berita, video ataupun gambar-gambar. Masyarakat seringkali mengambil tindakan dengan menyebarkan berita yang diterimanya melalui media sosial tanpa mendapatkan kesahihannya terlebih dahulu menyebabkan maklumat tersebut tersebar dengan pantas dan diketahui oleh semua individu yang mengakses bukan sahaja di Malaysia bahkan di luar Negara juga mengetahuinya menjadikannya popular tanpa sengaja. Sekiranya kita menyebarkan perkara yang baik sudah pasti kita akan mendapat pahala namun sekiranya kita menyebarkan perkara yang salah sudah pasti dosa yang kita bawakan. Mungkin ada yang berfikiran tidak salah untuk berkongsi sesuatu maklumat namun apakah kita sedar apakah kesan yang dihadapi oleh mereka yang mana berita palsu mengenainya tersebar tanpa batas?
Antara kesan yang disebabkan oleh penyebaran viral dalam kalangan masyarakat ialah penyebaran viral boleh menjatuhkan seseorang individu yang tidak bersalah. Hal ini kerana mungkin disebabkan berlakunya gurauan diantara mereka tetapi diambil serius oleh orang lain yang tidak mengetahui perkara sebenar dan menyebarkannya sehingga menyebabkan individu yang menjadi mangsa berasa malu. Tambahan pula sekiranya viral tersebut melibatkan perkara-perkara yang serius seperti kemalangan dan kematian. Sebagai contoh tersebarnya viral mengenai kematian pelakon veteran yang pernah mengemparkan Negara iaitu Dato’ Jins Shamsuddin yang dikatakan telah meninggal dunia sedangkan beliau masih hidup dan berada bersama keluarganya pada ketika itu. Pernahkah kita terfikir apakah perasaan keluarga beliau apabila menerima berita yang palsu? Selain itu, penyebaran ini juga boleh memecahbelahkan perkauman dan keharmonian apabila berlakunya penyebaran yang melibatkan sensiviti sesebuah kaum sementelah Malaysia merupakan Negara yang mempuyai masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dan agama. Hal ini disebabkan oleh bahan yang dikongsikan secara menyeluruh mampu menyebabkan berlakunya salah faham dan pencerobohan terhadap hak sesebuah kaum.

Penyebaran viral boleh dikatakan sebagai penyebaran fitnah. Islam mencegah daripada melalukan fitnah sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 191
وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ
“Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan”.
Daripada ayat diatas dapat disimpulkan bahawa penyebaran fitnah itu lebih teruk dan kejam daripada kesalahan membunuh. Jika dilihat membunuh itu sudah kejam tetapi menyebar fitnah lagi kejam dan dosa bagi yang menyebakan fitnah hanya boleh dihapuskan dengan kemaafan daripada mangsanya sahaja begitu juga dengan situasi penyebaran viral di media sosial.
Oleh itu, hendaklah kita membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum menyebarkan sesuatu maklumat atau video seiring dengan firman Allah
يَـأيُّهَاالّذِيْن آمنـُوْا ِاٍنْ جـآءَكمْ فَاسقٌ بـِنَباٍ فتبيّنـُوْا أنْ تُصِبـوْا قوْمًـا بِجَهَالـةٍ فتُصْبِحُـوْا علَى مَا فعَلْتـُمْ نـدميـن
Maksudnya: “Wahai orang-orang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa sesuatu berita, maka telitilah kebenaannya, agar kamu tidak mencelakakan sesuatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan), yang akhinya kamu menyesali perbuatanmu itu”.
(Al-Hujurat : 6)

Allah telah berpesan supaya mencari kebenaran sesebuah maklumat setelah kita menerimanya sebelum menyebarkan kepada orang lain supaya keharmonian sejagat terjamin dan terjaga. Tuntasnya, isu penyebaran viral ini hanya boleh berhenti diatas kesedaran yang ada didalam diri setiap individu itu sendiri. Buruk dan baiknya penyebaran viral ini terhadap Negara, agama dan masyarakat bergantung kepada kemantangan, disiplin dan kewajaran seseorang pengguna internet yang bijak. Marilah kita bersama-sama menghentikan budaya penyebaran viral di media sosial.

M. Nasir & Ramli Sarip University Tour


Hola Hola Hola..

Sementara nak tunggu masa nak bersiap pergi kelas, aku nak up la entry kejap..

Haha pasti korang tertanya-tanyakan apa la yang big boss kami bagi dekat volunteer yang setia rela menjaga gallery kihkih..

Taraaaaa!!!!!!


dapat masuk concert Sifu woiiii...

haha.. ini la hadiah yang kitaorang dapat. Kalau nak tahu ni la first time aku masuk concert sepanjang aku hidup haha.. Rasa la juga pengalaman masuk concert kehkeh . Tak de la orang kata macam katak bawah tempurung dalam zaman sekarang ni. 

Sedikit pengenalan la.. Concert ini sebenarnya bawah University Tour yang sedang diadakan oleh sifu M. Nasir & Ramli Sarip bermula dari bulan Mac kalau aku tak salah sehingga bulan Mei. UM merupakan Universiti kedua bagi tour ini selepas melaka dan keesokkannya mereka ke UIAM.. 

Al kisah disebalik kemasukkan aku ke concert ni bermula dari kawan aku yang merupakan peminat Ramli Sarip. Hehe. Disebabkan tiket perlu berbayar, kami berdua pun sesaja lah tanya Big Boss, concert tu kalau kitaorang sukarelawan ni pun kena bayar ke? Big Boss kata kena, saya pun frust sebab kena bayar huhu.. kami pun redha la bila dengar Big Boss pun frust. haha..

Tapi keesokkannya, tetiba je Bos kecik tanya kami, nak masuk tak concert ni? kami pun ape lagi terkedu la dekat situ sebab kami sebenarnya dah ada plan lain petang tu selepas selesai bertugas menjaga gallery tp disebabkan peluang sekali je kami pun fikir dan fikir dan fikir.... Finally kami kata okey.. hoho.. So ape lagi malam tu kami gerak la sama menuju ke DTC bersama Big Boss.. terjah saja masuk haha.. Alhamdulillah boleh la dapatkan seat depan tapi yang tak bestnya berdekatan dengan speaker.. ayoooo memang rasa telinga tersumbat lepas keluar haha..

Komen aku terhadap concert ini ok la sebab bagi orang yang first time macam aku yang tak pernah ada pengalaman ni rasa tak de la liar atau kuat sangat concert rocknya tu.hihi tp boleh tahan sakit juga telinga bila part2 kuat hoho.. Yang paling penting dapat tengok Sifu M.nasir secara live tu yang berharga.. susah tu nak dapat hihi..

Memang aku berterima kasih la dekat Boss dan Big Boss sebab dah bagi aku merasa pengalaman ini.hihi.. At least dapat cerita dekat orang bila orang tanya bak kata Big Boss aku.. Enjoy la juga malam tu.

tamat la kisah malam tu.. kihkih

ok lah nak kena siap nak ke kelas pulak.. sebelum tu nak sikit gambar pada malam tu..


ni waktu dah nak habis concert


muka excited sebelum concert




selpie sebelum lampu ditutup - Boss kecik minta


next entry nak cita sal ape plak ek.. ermmm.. nanti lah nak fikir.. 

bye..
terima ksih kerana sudi singgah haha

Tuesday, April 26, 2016

TIME TUNNEL GALLERY

Hola Hola Hola...

Hehe... Lama tak jenguk blok ni.. Sihat ke tak pun tak tahu. Biasa lah bila dah mula study balik, busy tu mengalahkan menteri hendakya... tp betul la kan..menteri tu PA dia yg busy..ehh!!!..

Alang-alang kuar sal busy ni nak cita la sikit kan.. Alhamdulillah UM dah selamat meraikan besdaynya yang ke 111th.. jangan main uolss UM dah 111 tahun dah.. Sempena sambutan 111 tahun UM ini, aku ada la terbaca satu notis pasal sukarelawan dalam salah satu group wasap aku, so ape lagi terus la aku forward dkt member-member aku yang masih bersama aku disini hihi.. So kita orang isi la permohonan untuk jadi volunteer tang tu juga sebab notis tu bagitau hanya 20 orang je dia nak.. Kami just try nasib la sebab kita pom tak tahukan dah berapa ramai yang isi,, Ada rezeki adalah orang kata. Ok dah selesai isi kita tunggu je la jawapannya.. 

Seminggu juga la kami tunggu, tiba-tiba muncul satu group wasap " TIME TUNNEL GALLERY" . Aku fikir pada awalnya group iklan sim card haha.. tp kawan aku kata ni la program yang kita orang apply tok jadi volunteer hari itu. Alhamdulillah bersukur sebab terpilih tp sekali tanya boss, semua yg apply diterima cuma akan ditengok berdasarkan komitmen yang diorang bagi.. bercakap pasal boss, dalam program ini aku ada dua orang boss.. aku biasakan dengan boss dan diatas boss ada lagi big boss haha.. so sorang aku panggil boss sorang lagi aku panggil big boss..

first meeting, aku tak dapat join sebab kitaorang pergi melawat kawan aku yang kena admit ward. so second meeting baru lah kami dapat berjumpa dengan separuh dari volunter dan boss serta big boss.. haha cuak juga nak jumpa sbb first time datang meeting so tugas pun kami tak tahu kena buat apa..hahak. dalam masa dua minggu kami membantu membuat persiapan bagi gallery untuk memperkenalkan sejarah penubuhan UM dan fakulti serta kolej kediaman yang terdapat di UM..



finally sampai lah masanya untuk kami buka "TIME TUNNEL GALLERY" kami. selama seminggu aku bertapa didalam auditorium yang sejuk mengalahkan kutub utara *macam la pernah pergi* . port yang aku kena jaga ialah di bahagian tangga berdekatan terowong buatan. nak cerita la sikit pasal terowong ini, sepanjang seminggu aku menjaga memang boleh dikatakan setiap pengunjung mengatakan bagaikan masuk rumah hantu.. haha mana taknya kiri kanan depan semuanya kami hadang dengan kain hitam, memang seram la kalau tengok.


terowong berhantu kehkeh

tp yang lagi kelakar, dalam berpuluh-puluh volunteer yang berdaftar, tapi hanya tinggal kami lebih kurang 10 orang saja pada hari kejadian selama seminggu lebih-lebih lagi bila hampir hari terakhir sampaikan pada satu saat hanya tinggal aku dah kawan aku serta boss sahaja. Hanya kami bertiga huhu.. sedih tak kalau korang berada dekat tempat aku, tapi nak buat macam mana dah tertulis begitu.hehe. ilmu itu memang amanah dan penting untuk kita sebagai pelajar  tetapi mana lagi penting bila kita dah terima amanah dan tanggungjawab?? tepuk dada tanya pendapat sendiri.. hehe 

Alhamdulillah sepanjang aku menjaga dan menjadi volunteer, macam-macam ragam manusia aku tengok dan macam-macam lagi yang aku dapat pelajari dari mereka yang boleh aku katakan antara yang terhebat di UM terutama dengan big boss aku lah.. Big boss aku seorang yang sangat humble dan  baik hati. Ini first time aku melibatkan diri dengan program bersama orang kuat UM so first time la aku kenal dengan boss dan Big Boss aku ni.. ayoo segan jadinya aku bila dah kenal dengan big boss..tersangat baik dan mesra sampai orang kata boleh dijadikan sebagai kawan. haha

Alhamdulillah, aku dapat menjalankan tugas yang diamanahkan sehingga akhirnya, sehingga part mengemas yang tamat semalam dan berharap aku dah bagi yang terbaik dalam menjayakan program ini.. Alhamdulillah dapat juga aku bertambah kenalan walaupun diorang kebanyakkannya junior tahun satu dan hanya kami saja yang tahun akhir tapi masih lagi boleh bekerjasama dengan baik dan rapat dan mesra hehe..  Ini lah Program yang paling besar aku join sebagai seorang pelajar UM dan bersyukur diberi kesempatan untuk menjadi salah seorang daripada team "TIME TUNNEL GALLERY" sebelum aku tamat pengajian bulan Julai nanti insyaAllah, doakan aku ye..


ok setakat ni je lah aku nak cita pasal program aku mungkin untuk yang kali terakhirnya sebgai seorang pelajar UM..

nah belanja ghambar sikit untuk tontonan..hehe..




tasik dalam bangunan..


Big Boss, Boss dan Geng Volunteer


ni je yang tinggal dari ramai2 tu


hah! lupa pulak aku, sewaktu program ini berlangsung, aku dan volunteer yang lain yang sentiasa bersama kesejukkan didalam Audi tu diberikah hadiah yang paling berharga la aku katakan oleh Big Boss kami.. nak tahu ??? tunggu next entry, kita bagi suspen sikit kehkeh *mcm la orang nak tahu sangat* hihi..