Popular Posts

Monday, May 23, 2016

MAHRAJAN KALI KE 3

Alhamdulillah FYP dah hampir ke penghujungnya...
tinggal nak semak dengan SV je.. moga dipermudahkan..

haha.. so boleh la update blog sikit..

macam biasa lah nak citer2 sikit ape yang aku buat dan aku join.. saja nak share dengan korang yang sudi singgah dekat blog ni walaupun terpaksa hehe..

kali ini aku  nak cerita pasal MAHRAJAN pulak.. pasti korang tertanya-tanyakan ape benda mahrajan tu, sejenih kuih ke, pokok bunga baru tumbuh ke.. haha tak -tak -tak.. MAHRAJAN tu Festival Arab Antarabangsa yang diadakan dekat aku punya Fakulti.. Mahrajan ini akan diadakan pada setiap tahun di semester kedua. Mahrajan ini melibatkan kesemua negara Arab yang ada di dunia ni.. mereka akan datang dan membuka booth di Fakullti aku untuk memperkenalkan negara diaorang termasuklah budaya diorang,makanan diorang, pakaian tradisi diorang dan yang paling penting duta-duta negara arab semua kan datang.. waktu ni la korang nak tengok kereta-kereta mewah memenuhi ruang parking haha..

x de la.. lawak jer..

waktu ni la korang nak kenal negara orang kan.. walaupun tak pergi sendiri dekat negara mereka tetapi rasa tu ada.. Tiga hari juga la aku rasa macam aku belajar dekat negara arab sebab dekat ruang legar penuh dengan pak Arab, mak Arab, adik Arab , abang Arab, Kakak Arab dan macam2 lagi lah.. kiri kanan orang cakap arab, gelak ketawa, menyapa satu sama lain.. budaya arab ini  lain dengan kita.. diorang bila bertemu sesama diorang, maka bercerita lah diorang ibarat dah lama x jumpa.. ukhwah persaudaraan diorang sangat kuat.. serius aku suka tengok cara diorang dan kadang-kadang tu rasa menyesal pulak x belajar betul2 bahasa arab masa sekolah dulu..kalau x senang je nak masuk dengan diorang..huhu..

tapi yang aku suka dengan mahrajan kali ini ialah mereka memberi peluang kepada pelajar API sendiri untuk bersama-sama menjaga booth mereka dan membuat pembentangan mengenai negara mereka dalam bahasa Arab, secara tidak langsung ianya dapat melatih pelajar untuk berkomunikasi menggunakan bahasa Arab.. salah betul tu lain kira la sebab kita belajar kan.. salah diorang betulkan.. huhu.. cumanya yang sedih, mahrajan kali ini tak banyak penyertaan dari negara Arab sebagaimana mahrajan pertama dan kedua dulu.. 

walau ape pun aku bersyukur sebab dapat join mahrajan untuk terakhirnya sebagai pelajar di situ.. dan tahniah kepada booth negara Sudan dan Libya sebab menang dalam pembentangan, dan kedua2 negara itu diwakili oleh junior department aku sendiri.. bangga kejap aku haha..

nak aku belanja sikit gambar hari tu.. x banyak gambar yang aku ambk sebab jalan sorang-sorang segan jadinya..haha selalu aku ade geng sekepala tp geng sekepala aku dah hbs belajar tinggal la aku sorang-sorang.. nasib la badan haha...






 ni booth yang dapat tempat kedua


 antara barangan yang diorang bawa dari negara diorang

 booth negara Yaman

 booth dari Qatar

 ni pulak booth UAE

 dari Kuwait..

 bandar Kuwait

 barangan purba Mesir hehe

 Palestine - Jerusalem

 booth Jordan

ni sebenarnya untuk dijual, tp rezeki aku dapat free haha



tu je gambar yang sempat aku snap dalam kelompok orang yang ramai lebih-lebih lagi aku pergi jalan pulak hari terakhir memang la ramai dengan juri-juri lagi..hoho..

k lah aku nak minta diri dulu lah.. 

nak editkan FYP pulak..hihi.. korang doakan lah semoga aku dan kawan-kawan aku dipermudahkan urusan untuk menyiapkan FYP kami.. tinggal 2 weeks je lagi hoho..

k bye..
terima kasih kerana sudi singgah



Wednesday, April 27, 2016

KESAN PENYEBARAN VIRAL DI MEDIA SOSIAL


Penggunaan internet tidak asing lagi bagi masyarakat dunia pada era ini seiringan dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih dari semasa ke semasa termasuklah Malaysia memberi impak yang positif bagi jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang. Internet menurut kamus dewan edisi keempat bermaksud rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia. Dengan menggunakan trademark “Maklumat Di Hujung Jari Anda”, Malaysia tidak terkecuali daripada menjadi mangsa kepada media baru iaitu internet dengan lahirnya pelbagai media sosial seperti facebook, twitter, aplikasi whatsapp, weechat dan sebagainya yang semakin memberi kesan dan isu  kepada masyarakat.

Antara isu yang hangat diperkatakan pada akhir-akhir ini adalah isu penyebaran maklumat yang tidak diketahui akan kesahihannya atau dikenali sebagai viral. Apakah yang dimaksudkan dengan viral? Viral boleh dikaitkan dengan pembabitan dengan penyebaran maklumat dan perkongsian cerita atau pendapat yang dihasilkan oleh seseorang dan disebarkan melalui media sosial sama ada melalui berita, video ataupun gambar-gambar. Masyarakat seringkali mengambil tindakan dengan menyebarkan berita yang diterimanya melalui media sosial tanpa mendapatkan kesahihannya terlebih dahulu menyebabkan maklumat tersebut tersebar dengan pantas dan diketahui oleh semua individu yang mengakses bukan sahaja di Malaysia bahkan di luar Negara juga mengetahuinya menjadikannya popular tanpa sengaja. Sekiranya kita menyebarkan perkara yang baik sudah pasti kita akan mendapat pahala namun sekiranya kita menyebarkan perkara yang salah sudah pasti dosa yang kita bawakan. Mungkin ada yang berfikiran tidak salah untuk berkongsi sesuatu maklumat namun apakah kita sedar apakah kesan yang dihadapi oleh mereka yang mana berita palsu mengenainya tersebar tanpa batas?
Antara kesan yang disebabkan oleh penyebaran viral dalam kalangan masyarakat ialah penyebaran viral boleh menjatuhkan seseorang individu yang tidak bersalah. Hal ini kerana mungkin disebabkan berlakunya gurauan diantara mereka tetapi diambil serius oleh orang lain yang tidak mengetahui perkara sebenar dan menyebarkannya sehingga menyebabkan individu yang menjadi mangsa berasa malu. Tambahan pula sekiranya viral tersebut melibatkan perkara-perkara yang serius seperti kemalangan dan kematian. Sebagai contoh tersebarnya viral mengenai kematian pelakon veteran yang pernah mengemparkan Negara iaitu Dato’ Jins Shamsuddin yang dikatakan telah meninggal dunia sedangkan beliau masih hidup dan berada bersama keluarganya pada ketika itu. Pernahkah kita terfikir apakah perasaan keluarga beliau apabila menerima berita yang palsu? Selain itu, penyebaran ini juga boleh memecahbelahkan perkauman dan keharmonian apabila berlakunya penyebaran yang melibatkan sensiviti sesebuah kaum sementelah Malaysia merupakan Negara yang mempuyai masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dan agama. Hal ini disebabkan oleh bahan yang dikongsikan secara menyeluruh mampu menyebabkan berlakunya salah faham dan pencerobohan terhadap hak sesebuah kaum.

Penyebaran viral boleh dikatakan sebagai penyebaran fitnah. Islam mencegah daripada melalukan fitnah sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 191
وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ
“Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan”.
Daripada ayat diatas dapat disimpulkan bahawa penyebaran fitnah itu lebih teruk dan kejam daripada kesalahan membunuh. Jika dilihat membunuh itu sudah kejam tetapi menyebar fitnah lagi kejam dan dosa bagi yang menyebakan fitnah hanya boleh dihapuskan dengan kemaafan daripada mangsanya sahaja begitu juga dengan situasi penyebaran viral di media sosial.
Oleh itu, hendaklah kita membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum menyebarkan sesuatu maklumat atau video seiring dengan firman Allah
يَـأيُّهَاالّذِيْن آمنـُوْا ِاٍنْ جـآءَكمْ فَاسقٌ بـِنَباٍ فتبيّنـُوْا أنْ تُصِبـوْا قوْمًـا بِجَهَالـةٍ فتُصْبِحُـوْا علَى مَا فعَلْتـُمْ نـدميـن
Maksudnya: “Wahai orang-orang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa sesuatu berita, maka telitilah kebenaannya, agar kamu tidak mencelakakan sesuatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan), yang akhinya kamu menyesali perbuatanmu itu”.
(Al-Hujurat : 6)

Allah telah berpesan supaya mencari kebenaran sesebuah maklumat setelah kita menerimanya sebelum menyebarkan kepada orang lain supaya keharmonian sejagat terjamin dan terjaga. Tuntasnya, isu penyebaran viral ini hanya boleh berhenti diatas kesedaran yang ada didalam diri setiap individu itu sendiri. Buruk dan baiknya penyebaran viral ini terhadap Negara, agama dan masyarakat bergantung kepada kemantangan, disiplin dan kewajaran seseorang pengguna internet yang bijak. Marilah kita bersama-sama menghentikan budaya penyebaran viral di media sosial.

M. Nasir & Ramli Sarip University Tour


Hola Hola Hola..

Sementara nak tunggu masa nak bersiap pergi kelas, aku nak up la entry kejap..

Haha pasti korang tertanya-tanyakan apa la yang big boss kami bagi dekat volunteer yang setia rela menjaga gallery kihkih..

Taraaaaa!!!!!!


dapat masuk concert Sifu woiiii...

haha.. ini la hadiah yang kitaorang dapat. Kalau nak tahu ni la first time aku masuk concert sepanjang aku hidup haha.. Rasa la juga pengalaman masuk concert kehkeh . Tak de la orang kata macam katak bawah tempurung dalam zaman sekarang ni. 

Sedikit pengenalan la.. Concert ini sebenarnya bawah University Tour yang sedang diadakan oleh sifu M. Nasir & Ramli Sarip bermula dari bulan Mac kalau aku tak salah sehingga bulan Mei. UM merupakan Universiti kedua bagi tour ini selepas melaka dan keesokkannya mereka ke UIAM.. 

Al kisah disebalik kemasukkan aku ke concert ni bermula dari kawan aku yang merupakan peminat Ramli Sarip. Hehe. Disebabkan tiket perlu berbayar, kami berdua pun sesaja lah tanya Big Boss, concert tu kalau kitaorang sukarelawan ni pun kena bayar ke? Big Boss kata kena, saya pun frust sebab kena bayar huhu.. kami pun redha la bila dengar Big Boss pun frust. haha..

Tapi keesokkannya, tetiba je Bos kecik tanya kami, nak masuk tak concert ni? kami pun ape lagi terkedu la dekat situ sebab kami sebenarnya dah ada plan lain petang tu selepas selesai bertugas menjaga gallery tp disebabkan peluang sekali je kami pun fikir dan fikir dan fikir.... Finally kami kata okey.. hoho.. So ape lagi malam tu kami gerak la sama menuju ke DTC bersama Big Boss.. terjah saja masuk haha.. Alhamdulillah boleh la dapatkan seat depan tapi yang tak bestnya berdekatan dengan speaker.. ayoooo memang rasa telinga tersumbat lepas keluar haha..

Komen aku terhadap concert ini ok la sebab bagi orang yang first time macam aku yang tak pernah ada pengalaman ni rasa tak de la liar atau kuat sangat concert rocknya tu.hihi tp boleh tahan sakit juga telinga bila part2 kuat hoho.. Yang paling penting dapat tengok Sifu M.nasir secara live tu yang berharga.. susah tu nak dapat hihi..

Memang aku berterima kasih la dekat Boss dan Big Boss sebab dah bagi aku merasa pengalaman ini.hihi.. At least dapat cerita dekat orang bila orang tanya bak kata Big Boss aku.. Enjoy la juga malam tu.

tamat la kisah malam tu.. kihkih

ok lah nak kena siap nak ke kelas pulak.. sebelum tu nak sikit gambar pada malam tu..


ni waktu dah nak habis concert


muka excited sebelum concert




selpie sebelum lampu ditutup - Boss kecik minta


next entry nak cita sal ape plak ek.. ermmm.. nanti lah nak fikir.. 

bye..
terima ksih kerana sudi singgah haha