Popular Posts

Saturday, October 31, 2015

2 bULAN bERLALU

Alhamdulillah sedar tak sedar dah dua bulan kami dekat Brunei. Macam-macam dah kami lalui dari suka duka perit susah payah genting semua kami lalui dengan tabah dan sabar.hoho.. pengalaman ini tidak akan dilupakan..sangat berharga.. disini aku mengenali diri ku dengan lebih lagi.. so dengan tinggalnya sebulan lagi masa kami disini kita guna la dgn sepenuh baik untuk jelajaaaah Brunei hahaha.. tp sedar @ tidak 3 minggu je lagi nak final..alamak cuak la plak sebab kita tak tahukan sistem disini mcm mana..huhu.. ok la nak rest jap sebelum kelas pukul 2 nanti..byai


Hostel ku sini..sangat cantik pemandangan dia..

Monday, October 26, 2015

kisah aku sebagai seorang budak Intern

#Throwback ke beberapa bulan lepas haha

Tetiba je teringan balik kenangan sewaktu buat internship dekat JPN Negeri Pahang.
Disebabkan dah tahun 3 dan tinggal lagi satu sem *kalau x join program pertukaran pelajar* hehe jadi sepanjang cuti sem kami kena mengikuti latihan industri sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Universiti kami. Jadi bertungkus lumus la kami mencari tempat yang intern yang bersesuaian dengan bidang kami.. tapi disebabkan ramai sangat pemohon jadi ada diantara permohonan kami ditolak..hehe jadi aku pom decide la nak buat intern dengan kawan aku. kebetulan tempat intern tu berdekatan dengan rumah abang aku so aku on je lah internship dekat situ. dua bulan aku dengan kawan aku internship dekat JPN dibawah Sektor Pendidikan Islam (SPI). kebetulan ada lagi seorang student dari UKM juga buat internship dekat situ so tambah la kawan aku haha... duduk la kami bertiga dekat situ.. hihi macam-macam la yang kami dapat belajar dan ambil sepanjang internship selama 2 bulan. macam-macam kerenah dan ragam kami jumpa hihi.. part paling best, pegawai2 dan staf2 dekat situ semua sporting n sempoi.. macam-macam program la aku join dari yang pernah join sampai la ke yang tak pernah dalam hidup aku join pom aku buat haha.. antara kenangan sepanjang LI dekat SPI. kita throwback dengan gambar hihi.


sambutan raya JPNP


kena jadi model tok sektor sebelah


Persiapan Sambutan Raya SPI


Bersama Staf2 dkt SPI


oren menyerlah haha



tengah plan strategi nak bertempur hihi


khusyuk mengukir ha ha


penyelia nak datang so kita welpie dulu


kem gemilang skor A+
(last program esoknye dah last day :'( )



sekejap je 2 bulan, pejam celik pejam celik dah hari last kami kat SPI. sedih pulak rasa. keesokkannya dah nak kena terbang ke Brunei.. hari last adalah majlis perpisahan bagi kami dan juga seorang pegawai yang berpindah ke Bentong. memang kami sangat terharu dan paling mengejutkan hadiah yang kami dapat.. terkedu terkelu kami waktu tu..nak nangis pun ada.serba salah dibuatnya kerana kami tidak pula menyediakan apa2 untuk diberikan sebagai kenangan. 




sebahagian hadiah yang kami dapat..bukan share tau tapi seorang.. hihi


terima kasih kepada semua pegawai2 dan staf2 dekat SPI kerana menerima kami dan memberi tunjuk ajar kepada kami. minta maaf ye atas kesusahan dan kesalahan yang kami lakukan..huhu..




Thursday, October 22, 2015

BJFA-UBD

saja je masuk malam ni nak cita sikit pengalaman aku pakai Yukata @ Kimono kalau di Korea.. disebab sewaktu di UM aku tak sempat nak cuba pakai Kimono jadi aku buat keputusan untuk join kawan aku pergi ke Kurakata yang dianjurkan oleh kelab Jepun di UBD ni..
pada awalnya hanya kami berenam sahaja pesertanya tetapi setelah tamat satu games baru la bertambah pesertana hihi.. okey first games yang kami main adalah KARUKATA.. ini first time aku main games ni tp sebelum ni perlah la tengok orang main tak tahu plak namanya Karukata haha... Karukata kami pada hari ni hanya berbentuk basic mungkin sebab kami semua masih baru dengan games ni.. okay first round aku lawan kawan aku sendiri dan menang dengan 4;3. so next round ada 4 orang yang berjaya dan salah sorangnya adalah kawan aku juga, so aku decide nak pilih orang lain untuk lawan. bagi second round, alhamdulillah aku menang juga tapi menang yang teramat tipis 7:6 haha.. memang seronok r main ni.. okay untuk final round kad kami semakin bertambah dari 7 ke 13, dari 13 ke 19(kalau x silap aku la).haha, mmg hebat la aku nak ingt kedudukan kad tu kan.... waktu la nebes aku datang menyerang haha..so final round aku terpaksa surrender dengan terpaksa .. tapi aku enjoy games tu walaupun kalah.. tips main games tu kena fokus then dengan perkataan pertama yang disebut,so blh la nak aim kan gambar yang mungkin akan disebut.. :)



lawan sewaktu final

second games

hadiah yang aku dapat haha

lps main kami rest kejap.. dalam 10 minit kami sambung kembali dengan yukata session.. ahli kelab mula la menunjukkan demo kepada kami cara pemakaian Yukata ni..fuh memang susah kalau nak pakai sorang2..x cukup tangan haha.. lps demo kami pun berpecah kepada 3 group dan lepas tu mula la pertandingan memakai yukata dengan pantas..Alhamdulillah group kami terpantas haha..yang lain baru setengah pemakaian kami dah siap bergambar haha.. kami diberi masa 5 minit sorang untuk mencuba yukata.. giliran aku tiba dengan pelawaan dari group sebelah yg diketuai oleh ahli kelab sendiri..hah!!! ape lagi memang la hancur aku dikerjakan diorang..tarik sehabis mungkin untuk ketatkan tali dan reben belakang tu..mak aihhh semput nak tahan nafas smpai nak ckp pun dah tak berapa nak lepas haha.. simple je sebenarnya cara nak pakai yukata ni.. belit situ belit sini dah siap haha.. dapat la juga pengalaman ,lps ni nak kawin ambk persalinan yukata pom blh je buat sendiri haha *berlagaknyerrr* :P 


student exchange juga macam aku dari Indonesia..


ni la hasil tarik sana tarik sini


kol 5 program kami tamat dah sebelum bersurai kita bergambar dulu sampai pengsan hahaha..


ini je yang datang haha... 

thanks gais... happy sangat hari ini..harap lps ni dapat mencuba budaya Korea dan China pulak.. 
okeiii mata dah kuyu..sini kol 12 dah macam kol 1 pagi..mengantuknya tu lain sikit.. lambat tido mau esok x bangun haha.. k bai..



Tuesday, October 20, 2015

TODAY IS MY DAY...

Alhamdulillah Allah memberi kesempatan kepada aku untuk terus menikmati kehidupan..

Oh yeahhh.. hari ni besday aku.. nak cita sikit la pasal besday tahun ni..

kalau tahun 2011 @ 2012 aku berangan nak sambut besday dekat Korea tapi plan tak jadi sebab orang x nak bawa kita .. sedih kot .. tp tahun ni aku sambut besday dekat negara orang sorang2.haha nasib la ada kawan 4 orang ni kalau x haru la juga mengenangkan nasib diri... kihkih..
okay bercakap pasal 4 orang sahabat aku nih buat rasa nak nangis pom ade tp coolll..
hihi dalam diam diorang plan nak kenakan aku.. cis..... alkisahnya begini.. disebabkan semalam kami jalan2 dekat bandar seri begawan dari pagi sampai la ke petang, so aku fikir nak tidur awal la..nak rest sbb esoknya ade kelas pukul 8 pagi lagi. lepas layan cita jap n lps kawan aku sorang ni balik ke bilik, aku pun bersiap2 la nak tidur.. jam waktu tu dalam pukul 11.30 malam kot.. sebelum tido aku offkan wifi.. dah tutup lampu semua baca doa semua aku pun tido la..disebabkan badan penat memang cepat la lenanya.. tiba-tiba bunyi ketukan dekat pintu, nak ikutkan hati malas nak bangun buka.. nak biarkan je.. tp fikirkan kawan aku nak ambik barang , ok gagah la juga bangun.. masuk la sorang kawan aku ni,dia terus menuju ke heather,kata nk ambk tp muka dia x leh blah..mcm org tengahbuat salah..waktu tu dia mcm mencari2 sesuatu dan tiba2 je buka lampu aku tanpa minta izin plak tu hahaha..korang nak tahu yang buat aku peliknya, dia buka lampu lepas tu dia gelak memang aku pun cuak, sekali masuk la kawan aku yg lagi 3 tu dengan serangan tepung gandum.. mak aihhh terkejut la aku.. x terkata kejap tp tangan laju je ambik tepung baling balik dekat muka diorang haha.. tp mmg waktu tu aku rasa nak nangis sbb terkejut dan terharu tp kawal je sbb malu haha.. buat muka x de perasaan.. hihi maaf ye kawan2, teman mu sorang ni x pandai nak beri reaksi sikit..haha...
buat la party dipagi hari pukul 12.03 Pagi.. tp bila fikir balik kenapa la aku buka pintu .. kalau la aku biarkan je kan hancur plan diorg, so aku menang haha.. btway..terima kasih korang.. ni asenya surprise yang pertama sejak aku besar ni haha..last sambut besday asenya waktu umur 11 tahun kot @ 10 tahun hihi..lamanya dah x sambut..selalu dapat wish jer.. tp tahun ni dapat surprise tepung n kek meggi haha.. unik n kreatif tau kawan2 aku ni.. so menambahkan lemak la kami semua malam tu..


ni la kek meggi buatan kawan2ku..

tapi birthday tahun ini tak dapat nak cakap dengan parents..ermm sedih.. :'(
okay la  selagi ada masa aku nak wish la tok diri sendiri.. haha
Happy Birthday Diri..


terima kasih kepada semua yang mendoakan aku ..

Thursday, October 15, 2015

BRUNEI KAMI KEMBALI

Alhamdulillah .. Diberi kesempatan untuk menyambung kembali cerita kami ke KK..
hehehe

Okeiilah 9/10 adalah hari terakhir kami di KK.. disebabkan flight kami petang dan barang pom dah hbs kemas, kami ambik keputusan untuk ke UMS bagi mengantikan plan kami yang sepatutnya ke UMS pada hari kedua. Pagi tu kami pon pergi la ke UMS untuk melihat marine dan aquarium mini la bagi aku hohoho.. sampai je tgk2 pukul 9 baru buka,kami sangkakan pukul 8 pagi dah buka..sementara menunggu kami mengisi perut terlebih dahulu. tepat pukul 9 kami masuk ke dalam marine muzium dan aquarium..jalan2 la dlm tu sekejap dan tepat pukul 10 kami keluar dari UMS dan kembali ke penginapan kerana kami perlu check out pukul 12 tengahari..





 disebabkan Zohor disabah awal, kami minta untuk keluar lewat sedikit supaya kami dapat solat dulu dan alhamdulillah pihak apartment membenarkannya. tepat pukul 12.30 kami check out.. sebelum ke airport kami mencari dulu car wash..nak mandikan SAB yang kami pinjam.. jalan punya jalan jumpa la satu kedai mencuci kereta.. kami pom mandiakan je kereta dekat situ.. sambil menunggu kereta dicuci kami mengira semua perbelanjaan kami sepanjang di Sabah.. selepas kereta dah bersih , kami pun menuju ke Airport, dan kami berjanji untuk menyerahkan kereta kepada uncle dekat airport.. kami adalah juga tinggalkan sedikit cenderahati dekat akak punya kereta haha sebagai tanda penghargaan dan minta maaf kami sepanjang penggunaan kereta tersebut.. hihihi..

kami cari makan dulu sebelum check in, tapi... flight kami delay la plak.. sampai je brunei trs ke UBD sebab dah lambat nak solat maghrib..

huhu habis sudaa trip kami ke Kota Kinabalu.. Harap nanti kami akan dapat ke tempat lain pulak bersama dan berlima.. :)


KUNDASANG KAMI TERJAH...

Assalamualaikum.. selamat pagi..

he he he...
 ok lah tengah tunggu idea cerpen masuk, aku sambung kejap sal trip kami ke Kota Kinabalu..

Hari ketiga lps penat kena lambung dengan ombak, kami pergi ke Kundasang. Kami bertolak dalam pukul 6.45 pagi disebabkan nak kejar masa jalan2 dekat Kundasang. Perjalanan kami mengambil masa dalam 3 jam dari Kota Kinabalu.. berpandu kepada GPS kami menuju ke Kundasang buat kali pertama dan drive sendiri.  sangat mencabar dengan jalan yang berbukit dan bengkang bengkok serta lori dan bus yang sangat banyak dan laju2 haha..kerdil je rasa kita kat jalan tu.. Alhamdulillah kami selamat sampai dengan lindungan Allah.

Tempat pertama yang kami berhenti adalah Kota Kinabalu Park.. Kami hanya masuk dgn menggunakan kereta sahaja kerana waktu itu kebanyakkan tempat dalam pengubahsuaian. Jadi keadaan tidak mengizinkan kami untuk meneroka lebih jauh. So kami hanya sempat snap gambar dekat depan2 je haha...




kami teruskan lagi perjalanan menuju ke destinasi kedua iaitu Dairy Castle Farm dimana awda bolih mendapatkan susu segar dan melihat kawanan lembu-lembu bertompok hitam dan putih yang selalu dijadikan watak dalam cerita kartun..haha.. tapi satu je yg x puas aty, jalan nak masuk ke dalam tu MasyaAllah... sampai aku tak tahu nak komen ape..samgat teruk berlubang sana berlubang sini.. mmg kalau naik kereta kecil sakit la juga nak ke sampainya.. sampai je trus denganyakin berjalan ke arah pintu masuk sekali x jumpa jalan nak ke barn..haha.. So hidup kena selalu bertanya kalau tak sesat nanti.. kami pun tanya la dengan akak dan abang ni jalan nak masuk..abang tu pom tunjuk la jalan yang betul2 depan kitaorang waktu tu lorong yg sngt kecik nak sauk jari kaki pun x muah haha....hihi ok yg ni tipu.. abang tu pun tunjukla jalan nak ke barn..kami  bergerak menuju ke barn dan sebelum tu kami singgah ke kandang calf dulu.. tengok anak lembu yang comel2..kami mengambil kesempatan untuk mendapatkan pengalaman dengan memberi anak lembu itu susu dan rumput.. uishhh berebut2 diorang sebab lapo sampai kita sekali rasa tertarik ke dalam haha..


beratur nak beli susu dan produk lain..

penjaga kaunter..opss haha


come to mommy..

kuat isapan calf ni..tertarik2 tangan kita..

rumput..rumput...




Dah dapat susu apa lagi kami teruskan perjalanan ke next destination. Plan nak ke Poring Hotspring tapi disebabkan laluan dia sehala dengan ladang teh Sabah so kami decide nak ke Ladang teh dulu. Dalam perjalanan turun nanti kami akan singgah ke fish massage dan Poring Hotspring. begitu la plan kami.. namun apakah daya kita insan yang lemah, dalam perjalanan nak masuk ke Ladang teh tu tiba2 je hujan lebat sekali.. kami sempat ke long haouse je.. so disebabkan hujan kami buat keputusan untuk balik terus ke Kota Kinabalu. kalau ke hotspring n fish massage pun still tak dapat turun sebab hujan.. semuanya pasrah dalam terpaksa.. tak pe lah nanti next time kita plan lain plak..


jemput masuk..



driver amatur hahaha 

Kami gilir-gilir la drive berdua disebabkan ketua driver tak sihat huhu.. Melihat ciptaan Allah sepanjang jalan menginsafkan aku.. InsyaAllah satu hari nanti aku akan bawa family aku kesini bagi merealisasikan perancangan yang dah lama tertangguh.. insyaAllah boleh la mula budget2 sikit2 cuma klu minta tlg tunjuk jalan tu bukan aku lah haha.. segunung mana aku bawa pun x tahu.. 

petang itu  setelah sampai je ke KK terus keluar cari Ole2 nak bawa balik Brunei sebelum pos balik ke Semenanjung. Jalan2 sampai la malam baru balik penginapan  haha.. Esoknya dah last day.. Sob asenyer nak balik Brunei dah... Tinggalkan udara Malaysia..

okeii idea cerpen datang dah.. bai sambung berangan dalam cerpen kejap.. 



Monday, October 12, 2015

TUNGKU ABDUL RAHMAN PARK, KOTA KINABALU

Assalamualaikum...

tengah2 borim ni meh nak sambung cite ronda2 Kota Kinabalu part 2..hihi

hari kedua kami bermula dengan perubahan plan.. kalau ikut kan plan B kami ke Kundasang pada hari ke2, tp terpaksa tukar ke plan C iaitu kita seberang laut melawat pulau2 yang ada dekat Tunku Abdul Rahman park.. kalau tak salah aku la dekat sini ada 4 buah pulau semuanya. Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamaluk(tah betul @ tak yg ni hihi sebab kami x pergi pulau ni..).. pasti korang pelik kan kenapa terus kepada plan B.. haha sebabnya dalam plan A kami hanya nak ronda2 KK sahaja, tp Allah permudahkan urusan kami, kami dapat pinjam kereta dari seorang pak cik yg merupakan kawan kepada kawan aku.. terima kasih pak cik kerana sudi bagi kami pinjam kereta.. disebabkan pak cik tak dapat hantar kereta pada hari kami sampai jadi kami terpaksa tukar plan kpd plan C.. ok pagi tu lepas je sarapan, kami berjumpa dgn pak cik untuk ambik kereta. pak cik bagi pinjam kereta Myvi yang baru lagi kot pak cik beli hoho.. ambik je kereta kami terus ke Jesselton Piont. masuk je dalam bangunan, kami mcm kelu n bluurr kejap dengan suasana didalamnya. kesemua penjaga kaunter panggil memanggil kami untuk memberikan perkhidmatan yang mereka sediakan. memang pening la nak pilih dan nak tawar2.. Akhirnya kami ambil perkhidmatan bot sunny pergi ke 2 Pulau.. muka semua excited nak naik bot dan ni kali pertama aku naik bot kecil  nak pergi menyeberangi laut.. memang cuak juga la tp disebabkan semua tengah excited aku beranikan juga diri (walaupun dalam hati macam2 tengah bertempur)haha.. Pulau pertama kami ialah Pulau Sapi..




muka excited nk g pulau haha..



sampai je Pulau Sapi kami terus cari port nk letak barang dan dalam bot td kami ada jumpa3 sekawan  dari semenanjung so kami pom join la group diorang letak beg sama2.. plan kami nak naik corel flyer dari pulau gaya ke pulau sapi tp last2 minute kami ubah fikiran sbb mcm mahal je hahaha.. so kami pergi la snorkeling je.. dek kerna semua first time mmg la merangkak2 kami dalam laut tu.. lebih2 lagi aku hihi.. tapi Alhamdulillah akhirnya dapat juga melihat ciptaan Allah kat dalam laut tu walaupun x jauh sangat perginya..sekurangnya  dapat pengalaman.. hampir 2 jam juga la kami berendam dalam pantai sebelum masing2 basuhkan diri dan sedar perut dah lapo haha.. sebut pasal lapo , kami sebenarnya tinggalkan makanan dalam kereta so ... tgk orang makan je la jawabnya..nak beli mmg mahal la dekat pulau tu.. 


ni la Pulau Sapi




muka puas lps snorkeling


pukul 12 kami gerak ke Pulau Manukan, disebabkan dekat Pulau Sapi kami dah puas berendam dalam pantai so dekat Pulau Manukan ni kami naik banana boat.. sebenarnya kami tak ambil pun pakej sewaktu di jeti tp pak cik yg bersama kami pelawa supaya kami naik banana boat dgn 3 orang sekawan tadi kami pun on je lah .. ni pun first time bagi aku hahah.. so naik la bot kecil td pergi tengah2 laut.. sewaktu tu ada 2 group . bila group pertama pelancong dari Indonesia kot naik banana boat lancar je, kami yang atas bot ni yang terlebih menjeritnya haha.. tiba giliran kami hahaha 2 kali kena campak dan kena tinggal dalamlaut tu dek kerna banana boat terbalik.. mmg mengucap panjang la aku kahkah.. terkejut tiba2 je rasa tenggelam.. bila masa jatuh pun tak tahu..hihik.. kali kedua naik pun jatuh lagi, pak cik yg bawa boat tu siap senyum jahat lagi dekat kami haha dah la kena tinggal jauh..pucat juga la dah dengan berenang nyer tak pantai mcm ne la nak survive haha.. maaf la ye kawan2 kena pegang ketat2 hahak.. terima kasih selamatkan diri ini.. :P .. waktu jatuh ke dalam laut tu macam2 datang mengganggu fikiran dan terbayang la macam ni la kot apa yang dialami dan dirasa oleh pelarian yang mengalami bot karam.. Alhamdulillah Allah bagi kesempatan untuk merasai semuanya walaupun lps ni aku x pasti lagi nak naik lagi @ tak banana boat haha.. tapi sayang waktu tu semua tak bawa fon @ kamera so gambar waktu dalam laut tu x de ... sedihnyer.. :'(



Pulau Manukan



Pukul 2 sepatutnya kami dah bertolak balik ke jeti tetapi bot yang ditunggu tidak tiba-tiba haha.. penat menunggu dengan kejutan yang tak hilang lagi.. akhirnya setelah hampir 1 jam lebih tunggu pak cik yang mengiringi kami pun menghantar kami pulang dengan menumpang boat "banana boat"
.. hihi jumpa lagi kami dgn pak cik yg bawa kami naik banana boat td.. sampai je jeti semua terus pergi cari makan sambil nak keringkan baju sebelum balik ke apartment. ikutkan plan slps ke pulau kami akan ke UMS ttp disebabkan bot lambat kami terpaksa lupa kan UMS. lepas je solat dan tanpa rehat kami terus berjalan2 ke pasar kraftangan dan pasar Filipina serta pasar ikan masin.. malam itu memang semua pengsan dengan badan pon sakit haha.. Esoknya perjalanan kami masih jauh hihi.. serius ini lah pengalaman yang paling bermakna dalam trip aku ke Kota Kinabalu.. Aku dapat melawan ketakutan terhadap laut dengan berjaya menaiki bot kecil dan banana boat serta bertungkus lumus menyelamatkan diri dalam laut hoho..

next entri ke Kundasang la kita... bye..