18 orang puteri tanpa putera tidak menghalang kami untuk bergerak dan bergerak dan bergerak bagi menjayakan program2 jabatan. tanpa tenaga lelaki kami mampu berjuang haha.. Alhamdulillah kerana aku dikurniakan mereka2 yang sangat sporting dan boleh bersama-sama dalam menempuh perjuangan kami sepanjang 3 tahun setengah ini.. bersama mereka lah aku mengenali apa itu sahabat, apa itu kawan dan apa itu lawan.. huhu bersama mereka aku menempuh hari-hari aku disini dengan berkat dan izin daripada Allah juga.
semoga kenangan kita sepanjang perkenalan ini akan tetap terpahat rapi tersimpan kemas didalam sanubari kita semua.. tahniah bagi yang mendapat anugerah akademi, daie harapan, cabutan bertuah dan juga Princess of the night kita kongker.. haha ..jumpa nanti di majlis konvo .. insyaAllah.. semoga berjaya dalam menyiapkan FYP dan Final exam yg akan datang.. terima kasih kerana memberi aku kenangan manis dan pahit bersama..hehe
sayang sebab semua tak dapat hadir dek kerana ada kekangan masing2
Untuk adik-adik junior (walaupun tak kan ada yang baca blog ni, aku nak juga tulis haha) terima kasih kerana sudi meraikan kami dalam majlis yang bagi aku cukup hebat didalam keadaan kewangan yang tidak mengizinkan untuk dibuat di hotel2 besar namun ianya cukup bererti buat kami kakak-kakak senior.. terima kasih juga atas penghargaan dan anugerah yang diberikan walaupun aku tidak layak untuk mendapat semua itu. ..
ni la muka2 penggerak dinner semalam
Buat 'ahli keluarga' Family Day (yg teramat aku sayang), Anugerah itu untuk korang semua. tanpa kalian aku tidak akan dapat bergerak.. Terkejut juga bila nama aku dipanggil saat fikiran aku menjangkakan orang lain yang akan mendapatkannya.. haha.. (nasib baik tak keluar balik ayam dalam mulut) ..
Anugerah pengarah program khas untuk korang warga family FD
akhirnya bagi entri last tahun ini (sehingga berjumpa line internet haha) aku nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis makan malam untuk kami senior2.. sangat happy malam tadi.. teruskan perjuangan kalian dan jangan lupakan kami walaupun kami tidak penting untuk diingati haha..
p/s: gudluck final exam .. insyaallah sem depan kita jumpa lagi.. berkelip2 la mata kami bertujuh nanti.. huhu sedih nya :"(
No comments:
Post a Comment