Penggunaan
internet tidak asing lagi bagi masyarakat dunia pada era ini seiringan dengan
perkembangan teknologi yang semakin canggih dari semasa ke semasa termasuklah
Malaysia memberi impak yang positif bagi jangka masa pendek dan juga jangka
masa panjang. Internet menurut kamus dewan edisi keempat bermaksud rangkaian
komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia
berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh
dunia. Dengan menggunakan trademark “Maklumat Di Hujung Jari Anda”,
Malaysia tidak terkecuali daripada menjadi mangsa kepada media baru iaitu internet
dengan lahirnya pelbagai media sosial seperti facebook, twitter,
aplikasi whatsapp, weechat dan sebagainya yang semakin memberi
kesan dan isu kepada masyarakat.
Antara isu yang
hangat diperkatakan pada akhir-akhir ini adalah isu penyebaran maklumat yang
tidak diketahui akan kesahihannya atau dikenali sebagai viral. Apakah yang
dimaksudkan dengan viral? Viral boleh dikaitkan dengan pembabitan dengan
penyebaran maklumat dan perkongsian cerita atau pendapat yang dihasilkan oleh
seseorang dan disebarkan melalui media sosial sama ada melalui berita, video
ataupun gambar-gambar. Masyarakat seringkali mengambil tindakan dengan
menyebarkan berita yang diterimanya melalui media sosial tanpa mendapatkan
kesahihannya terlebih dahulu menyebabkan maklumat tersebut tersebar dengan
pantas dan diketahui oleh semua individu yang mengakses
bukan sahaja di Malaysia bahkan di luar Negara juga mengetahuinya
menjadikannya popular tanpa sengaja. Sekiranya kita menyebarkan perkara yang
baik sudah pasti kita akan mendapat pahala namun sekiranya kita menyebarkan
perkara yang salah sudah pasti dosa yang kita bawakan. Mungkin ada yang
berfikiran tidak salah untuk berkongsi sesuatu maklumat namun apakah kita sedar
apakah kesan yang dihadapi oleh mereka yang mana berita palsu mengenainya
tersebar tanpa batas?
Antara kesan
yang disebabkan oleh penyebaran viral dalam kalangan masyarakat ialah
penyebaran viral boleh menjatuhkan seseorang individu yang tidak bersalah. Hal
ini kerana mungkin disebabkan berlakunya gurauan diantara mereka tetapi diambil
serius oleh orang lain yang tidak mengetahui perkara sebenar dan menyebarkannya
sehingga menyebabkan individu yang menjadi mangsa berasa malu. Tambahan pula
sekiranya viral tersebut melibatkan perkara-perkara yang serius seperti
kemalangan dan kematian. Sebagai contoh tersebarnya viral mengenai kematian
pelakon veteran yang pernah mengemparkan Negara iaitu Dato’ Jins Shamsuddin
yang dikatakan telah meninggal dunia sedangkan beliau masih hidup dan berada
bersama keluarganya pada ketika itu. Pernahkah kita terfikir apakah perasaan
keluarga beliau apabila menerima berita yang palsu? Selain itu, penyebaran ini
juga boleh memecahbelahkan perkauman dan keharmonian apabila berlakunya
penyebaran yang melibatkan sensiviti sesebuah kaum sementelah Malaysia
merupakan Negara yang mempuyai masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dan
agama. Hal ini disebabkan oleh bahan yang dikongsikan secara menyeluruh mampu
menyebabkan berlakunya salah faham dan pencerobohan terhadap hak sesebuah kaum.
Penyebaran
viral boleh dikatakan sebagai penyebaran fitnah. Islam mencegah daripada
melalukan fitnah sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 191
وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ
الْقَتْلِ
“Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan”.
Daripada ayat
diatas dapat disimpulkan bahawa penyebaran fitnah itu lebih teruk dan kejam
daripada kesalahan membunuh. Jika dilihat membunuh itu sudah kejam tetapi
menyebar fitnah lagi kejam dan dosa bagi yang menyebakan fitnah hanya boleh
dihapuskan dengan kemaafan daripada mangsanya sahaja begitu juga dengan situasi
penyebaran viral di media sosial.
Oleh itu,
hendaklah kita membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum menyebarkan sesuatu
maklumat atau video seiring dengan firman Allah
يَـأيُّهَاالّذِيْن
آمنـُوْا ِاٍنْ جـآءَكمْ فَاسقٌ بـِنَباٍ فتبيّنـُوْا أنْ تُصِبـوْا قوْمًـا بِجَهَالـةٍ
فتُصْبِحُـوْا علَى مَا فعَلْتـُمْ نـدميـن
Maksudnya: “Wahai
orang-orang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa sesuatu
berita, maka telitilah kebenaannya, agar kamu tidak mencelakakan sesuatu kaum
kerana kebodohan (kecerobohan), yang akhinya kamu menyesali perbuatanmu itu”.
(Al-Hujurat : 6)
Allah telah
berpesan supaya mencari kebenaran sesebuah maklumat setelah kita menerimanya
sebelum menyebarkan kepada orang lain supaya keharmonian sejagat terjamin dan
terjaga. Tuntasnya, isu penyebaran viral ini hanya boleh berhenti diatas
kesedaran yang ada didalam diri setiap individu itu sendiri. Buruk dan baiknya
penyebaran viral ini terhadap Negara, agama dan masyarakat bergantung kepada
kemantangan, disiplin dan kewajaran seseorang pengguna internet yang bijak.
Marilah kita bersama-sama menghentikan budaya penyebaran viral di media sosial.
artikel yang penuh dengan ilmu. tahniah... teruskan menulis :)
ReplyDelete