Hehe... Lama tak jenguk blok ni.. Sihat ke tak pun tak tahu. Biasa lah bila dah mula study balik, busy tu mengalahkan menteri hendakya... tp betul la kan..menteri tu PA dia yg busy..ehh!!!..
Alang-alang kuar sal busy ni nak cita la sikit kan.. Alhamdulillah UM dah selamat meraikan besdaynya yang ke 111th.. jangan main uolss UM dah 111 tahun dah.. Sempena sambutan 111 tahun UM ini, aku ada la terbaca satu notis pasal sukarelawan dalam salah satu group wasap aku, so ape lagi terus la aku forward dkt member-member aku yang masih bersama aku disini hihi.. So kita orang isi la permohonan untuk jadi volunteer tang tu juga sebab notis tu bagitau hanya 20 orang je dia nak.. Kami just try nasib la sebab kita pom tak tahukan dah berapa ramai yang isi,, Ada rezeki adalah orang kata. Ok dah selesai isi kita tunggu je la jawapannya..
Seminggu juga la kami tunggu, tiba-tiba muncul satu group wasap " TIME TUNNEL GALLERY" . Aku fikir pada awalnya group iklan sim card haha.. tp kawan aku kata ni la program yang kita orang apply tok jadi volunteer hari itu. Alhamdulillah bersukur sebab terpilih tp sekali tanya boss, semua yg apply diterima cuma akan ditengok berdasarkan komitmen yang diorang bagi.. bercakap pasal boss, dalam program ini aku ada dua orang boss.. aku biasakan dengan boss dan diatas boss ada lagi big boss haha.. so sorang aku panggil boss sorang lagi aku panggil big boss..
first meeting, aku tak dapat join sebab kitaorang pergi melawat kawan aku yang kena admit ward. so second meeting baru lah kami dapat berjumpa dengan separuh dari volunter dan boss serta big boss.. haha cuak juga nak jumpa sbb first time datang meeting so tugas pun kami tak tahu kena buat apa..hahak. dalam masa dua minggu kami membantu membuat persiapan bagi gallery untuk memperkenalkan sejarah penubuhan UM dan fakulti serta kolej kediaman yang terdapat di UM..
finally sampai lah masanya untuk kami buka "TIME TUNNEL GALLERY" kami. selama seminggu aku bertapa didalam auditorium yang sejuk mengalahkan kutub utara *macam la pernah pergi* . port yang aku kena jaga ialah di bahagian tangga berdekatan terowong buatan. nak cerita la sikit pasal terowong ini, sepanjang seminggu aku menjaga memang boleh dikatakan setiap pengunjung mengatakan bagaikan masuk rumah hantu.. haha mana taknya kiri kanan depan semuanya kami hadang dengan kain hitam, memang seram la kalau tengok.
terowong berhantu kehkeh
tp yang lagi kelakar, dalam berpuluh-puluh volunteer yang berdaftar, tapi hanya tinggal kami lebih kurang 10 orang saja pada hari kejadian selama seminggu lebih-lebih lagi bila hampir hari terakhir sampaikan pada satu saat hanya tinggal aku dah kawan aku serta boss sahaja. Hanya kami bertiga huhu.. sedih tak kalau korang berada dekat tempat aku, tapi nak buat macam mana dah tertulis begitu.hehe. ilmu itu memang amanah dan penting untuk kita sebagai pelajar tetapi mana lagi penting bila kita dah terima amanah dan tanggungjawab?? tepuk dada tanya pendapat sendiri.. hehe
Alhamdulillah sepanjang aku menjaga dan menjadi volunteer, macam-macam ragam manusia aku tengok dan macam-macam lagi yang aku dapat pelajari dari mereka yang boleh aku katakan antara yang terhebat di UM terutama dengan big boss aku lah.. Big boss aku seorang yang sangat humble dan baik hati. Ini first time aku melibatkan diri dengan program bersama orang kuat UM so first time la aku kenal dengan boss dan Big Boss aku ni.. ayoo segan jadinya aku bila dah kenal dengan big boss..tersangat baik dan mesra sampai orang kata boleh dijadikan sebagai kawan. haha
Alhamdulillah, aku dapat menjalankan tugas yang diamanahkan sehingga akhirnya, sehingga part mengemas yang tamat semalam dan berharap aku dah bagi yang terbaik dalam menjayakan program ini.. Alhamdulillah dapat juga aku bertambah kenalan walaupun diorang kebanyakkannya junior tahun satu dan hanya kami saja yang tahun akhir tapi masih lagi boleh bekerjasama dengan baik dan rapat dan mesra hehe.. Ini lah Program yang paling besar aku join sebagai seorang pelajar UM dan bersyukur diberi kesempatan untuk menjadi salah seorang daripada team "TIME TUNNEL GALLERY" sebelum aku tamat pengajian bulan Julai nanti insyaAllah, doakan aku ye..
ok setakat ni je lah aku nak cita pasal program aku mungkin untuk yang kali terakhirnya sebgai seorang pelajar UM..
nah belanja ghambar sikit untuk tontonan..hehe..
tasik dalam bangunan..
Big Boss, Boss dan Geng Volunteer
ni je yang tinggal dari ramai2 tu
hah! lupa pulak aku, sewaktu program ini berlangsung, aku dan volunteer yang lain yang sentiasa bersama kesejukkan didalam Audi tu diberikah hadiah yang paling berharga la aku katakan oleh Big Boss kami.. nak tahu ??? tunggu next entry, kita bagi suspen sikit kehkeh *mcm la orang nak tahu sangat* hihi..
No comments:
Post a Comment