Popular Posts

Monday, October 12, 2015

TUNGKU ABDUL RAHMAN PARK, KOTA KINABALU

Assalamualaikum...

tengah2 borim ni meh nak sambung cite ronda2 Kota Kinabalu part 2..hihi

hari kedua kami bermula dengan perubahan plan.. kalau ikut kan plan B kami ke Kundasang pada hari ke2, tp terpaksa tukar ke plan C iaitu kita seberang laut melawat pulau2 yang ada dekat Tunku Abdul Rahman park.. kalau tak salah aku la dekat sini ada 4 buah pulau semuanya. Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamaluk(tah betul @ tak yg ni hihi sebab kami x pergi pulau ni..).. pasti korang pelik kan kenapa terus kepada plan B.. haha sebabnya dalam plan A kami hanya nak ronda2 KK sahaja, tp Allah permudahkan urusan kami, kami dapat pinjam kereta dari seorang pak cik yg merupakan kawan kepada kawan aku.. terima kasih pak cik kerana sudi bagi kami pinjam kereta.. disebabkan pak cik tak dapat hantar kereta pada hari kami sampai jadi kami terpaksa tukar plan kpd plan C.. ok pagi tu lepas je sarapan, kami berjumpa dgn pak cik untuk ambik kereta. pak cik bagi pinjam kereta Myvi yang baru lagi kot pak cik beli hoho.. ambik je kereta kami terus ke Jesselton Piont. masuk je dalam bangunan, kami mcm kelu n bluurr kejap dengan suasana didalamnya. kesemua penjaga kaunter panggil memanggil kami untuk memberikan perkhidmatan yang mereka sediakan. memang pening la nak pilih dan nak tawar2.. Akhirnya kami ambil perkhidmatan bot sunny pergi ke 2 Pulau.. muka semua excited nak naik bot dan ni kali pertama aku naik bot kecil  nak pergi menyeberangi laut.. memang cuak juga la tp disebabkan semua tengah excited aku beranikan juga diri (walaupun dalam hati macam2 tengah bertempur)haha.. Pulau pertama kami ialah Pulau Sapi..




muka excited nk g pulau haha..



sampai je Pulau Sapi kami terus cari port nk letak barang dan dalam bot td kami ada jumpa3 sekawan  dari semenanjung so kami pom join la group diorang letak beg sama2.. plan kami nak naik corel flyer dari pulau gaya ke pulau sapi tp last2 minute kami ubah fikiran sbb mcm mahal je hahaha.. so kami pergi la snorkeling je.. dek kerna semua first time mmg la merangkak2 kami dalam laut tu.. lebih2 lagi aku hihi.. tapi Alhamdulillah akhirnya dapat juga melihat ciptaan Allah kat dalam laut tu walaupun x jauh sangat perginya..sekurangnya  dapat pengalaman.. hampir 2 jam juga la kami berendam dalam pantai sebelum masing2 basuhkan diri dan sedar perut dah lapo haha.. sebut pasal lapo , kami sebenarnya tinggalkan makanan dalam kereta so ... tgk orang makan je la jawabnya..nak beli mmg mahal la dekat pulau tu.. 


ni la Pulau Sapi




muka puas lps snorkeling


pukul 12 kami gerak ke Pulau Manukan, disebabkan dekat Pulau Sapi kami dah puas berendam dalam pantai so dekat Pulau Manukan ni kami naik banana boat.. sebenarnya kami tak ambil pun pakej sewaktu di jeti tp pak cik yg bersama kami pelawa supaya kami naik banana boat dgn 3 orang sekawan tadi kami pun on je lah .. ni pun first time bagi aku hahah.. so naik la bot kecil td pergi tengah2 laut.. sewaktu tu ada 2 group . bila group pertama pelancong dari Indonesia kot naik banana boat lancar je, kami yang atas bot ni yang terlebih menjeritnya haha.. tiba giliran kami hahaha 2 kali kena campak dan kena tinggal dalamlaut tu dek kerna banana boat terbalik.. mmg mengucap panjang la aku kahkah.. terkejut tiba2 je rasa tenggelam.. bila masa jatuh pun tak tahu..hihik.. kali kedua naik pun jatuh lagi, pak cik yg bawa boat tu siap senyum jahat lagi dekat kami haha dah la kena tinggal jauh..pucat juga la dah dengan berenang nyer tak pantai mcm ne la nak survive haha.. maaf la ye kawan2 kena pegang ketat2 hahak.. terima kasih selamatkan diri ini.. :P .. waktu jatuh ke dalam laut tu macam2 datang mengganggu fikiran dan terbayang la macam ni la kot apa yang dialami dan dirasa oleh pelarian yang mengalami bot karam.. Alhamdulillah Allah bagi kesempatan untuk merasai semuanya walaupun lps ni aku x pasti lagi nak naik lagi @ tak banana boat haha.. tapi sayang waktu tu semua tak bawa fon @ kamera so gambar waktu dalam laut tu x de ... sedihnyer.. :'(



Pulau Manukan



Pukul 2 sepatutnya kami dah bertolak balik ke jeti tetapi bot yang ditunggu tidak tiba-tiba haha.. penat menunggu dengan kejutan yang tak hilang lagi.. akhirnya setelah hampir 1 jam lebih tunggu pak cik yang mengiringi kami pun menghantar kami pulang dengan menumpang boat "banana boat"
.. hihi jumpa lagi kami dgn pak cik yg bawa kami naik banana boat td.. sampai je jeti semua terus pergi cari makan sambil nak keringkan baju sebelum balik ke apartment. ikutkan plan slps ke pulau kami akan ke UMS ttp disebabkan bot lambat kami terpaksa lupa kan UMS. lepas je solat dan tanpa rehat kami terus berjalan2 ke pasar kraftangan dan pasar Filipina serta pasar ikan masin.. malam itu memang semua pengsan dengan badan pon sakit haha.. Esoknya perjalanan kami masih jauh hihi.. serius ini lah pengalaman yang paling bermakna dalam trip aku ke Kota Kinabalu.. Aku dapat melawan ketakutan terhadap laut dengan berjaya menaiki bot kecil dan banana boat serta bertungkus lumus menyelamatkan diri dalam laut hoho..

next entri ke Kundasang la kita... bye..










No comments:

Post a Comment