Popular Posts

Saturday, December 12, 2015

MIRI kawe mari..

Hahaha.. baru teringat nak cita sal aku ke miri sewaktu berada di Brunei.. Itu pun atas pelawaan saudara kawan aku yang dah lama ajak kami ke rumahnya.. jika tak bersambut tak sedap la pulakkan. so kami pun decide la nak ke Miri selama 3 hari.. So 3/11 kami pun berangkat la ke Miri. kali ini kami menggunakan perkhidmatan bus dari Brunei ke Miri.. dapat juga berasa pengalaman menaiki bus melalui sempadan negara haha.. plan asal kami nak bertolak pagi tetapi disebabkan tak ada orang yang boleh hantarkan kami ke bandar so kami pun tukar la plan pergi trip petang. kami bertolak dalam pukul 1 tengahari dan sampai ke Miri dalam pukul 5 petang..


ni la bus kami naik


Sampai saja kami dijemput oleh Acik Hawa bersama anaknya, tinggal la kami dirumahnya selama 3 hari.hihi.. segan juga duduk rumah orang lama2.. haha.. disebabkan kami sampai dah malam so hari tu kami stay saja di rumah. esoknya kami pergi ke pusat kraf tangan tok beli sedikit cenderamata untuk kenang-kenangan. lepas jejalan sekejap kami singgah ke kedai kek batik.. dah lama x makan kek batik Sarawak tp kek kegemaran aku dah habis huhu.. sedih nya!!...

petang itu pulak kami pergi ke Miri Crocodile Farm (betul tah ejanya haha).. First time sampai sini dan tambahan plak aku ni pencinta binatang yg tak berapa nak tegar so excited la nak tengok boya dan binatang lain dek kerana dekat brunei aku hanya nampak Ambuk saja tiap2 hari. haha..



masuk la kami melawat boya-boya selepas membayar dan mendapat gelang masuk.. puas la hati dapat tengok binatang tp disebabkan ni taman boya so kebanyakkan adalah boya..muahaha.. ni first time aku tengok boya yang banyak dan besar2 sampai aku terbayangkan kalau la aku jatuh sempat tak nak lari huhu.. mohon dijauhkan..

pengalaman yang paling best adalah bila aku dapat bagi boya makan..memang menakutkan haha. kuat kot tarikannya sampai aku kena bantu dengan kawan untuk tarik balik kayu yang aku pegang.. dan yang paling best juga bila kami dapat bergambar dengan beruang yang sangat sedap dipeluk haha.. kalau la boleh bawa balik dah lama aku angkuk.. best giler saat dia baring setelah dapat susu..hoho.. hangat je badan dia dengan bulu yang halus...tapiii yang x tahannya baunya MasyaAllah..... wangi sangat macam nak sakit hidung aku haha.. dah lama x mandi kot muahaha.. kami juga sempat bergambar dengan ular klu tak silap jack kot nama dia hah..



bersama kak Aniah




hari tu satu hari kami jalan sebab esoknya dah nak balik Brunei balik da.. Alhamdulillah sempat berjalan ke Sabah dan Sarawak sepanjang berda di Brunei.. Limbang je x sempat nak jejak.. ermmm lain kali lah kalu ada rezeki hihi..


terima kasih cik Hawa sekeluarga kerana sudi menjemput dan menerima kami yang diperantauan ni dan terima kasih juga kak Niah dah bawa kami jalan-jalan haha..

No comments:

Post a Comment