Popular Posts

Saturday, October 31, 2015

2 bULAN bERLALU

Alhamdulillah sedar tak sedar dah dua bulan kami dekat Brunei. Macam-macam dah kami lalui dari suka duka perit susah payah genting semua kami lalui dengan tabah dan sabar.hoho.. pengalaman ini tidak akan dilupakan..sangat berharga.. disini aku mengenali diri ku dengan lebih lagi.. so dengan tinggalnya sebulan lagi masa kami disini kita guna la dgn sepenuh baik untuk jelajaaaah Brunei hahaha.. tp sedar @ tidak 3 minggu je lagi nak final..alamak cuak la plak sebab kita tak tahukan sistem disini mcm mana..huhu.. ok la nak rest jap sebelum kelas pukul 2 nanti..byai


Hostel ku sini..sangat cantik pemandangan dia..

Monday, October 26, 2015

kisah aku sebagai seorang budak Intern

#Throwback ke beberapa bulan lepas haha

Tetiba je teringan balik kenangan sewaktu buat internship dekat JPN Negeri Pahang.
Disebabkan dah tahun 3 dan tinggal lagi satu sem *kalau x join program pertukaran pelajar* hehe jadi sepanjang cuti sem kami kena mengikuti latihan industri sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Universiti kami. Jadi bertungkus lumus la kami mencari tempat yang intern yang bersesuaian dengan bidang kami.. tapi disebabkan ramai sangat pemohon jadi ada diantara permohonan kami ditolak..hehe jadi aku pom decide la nak buat intern dengan kawan aku. kebetulan tempat intern tu berdekatan dengan rumah abang aku so aku on je lah internship dekat situ. dua bulan aku dengan kawan aku internship dekat JPN dibawah Sektor Pendidikan Islam (SPI). kebetulan ada lagi seorang student dari UKM juga buat internship dekat situ so tambah la kawan aku haha... duduk la kami bertiga dekat situ.. hihi macam-macam la yang kami dapat belajar dan ambil sepanjang internship selama 2 bulan. macam-macam kerenah dan ragam kami jumpa hihi.. part paling best, pegawai2 dan staf2 dekat situ semua sporting n sempoi.. macam-macam program la aku join dari yang pernah join sampai la ke yang tak pernah dalam hidup aku join pom aku buat haha.. antara kenangan sepanjang LI dekat SPI. kita throwback dengan gambar hihi.


sambutan raya JPNP


kena jadi model tok sektor sebelah


Persiapan Sambutan Raya SPI


Bersama Staf2 dkt SPI


oren menyerlah haha



tengah plan strategi nak bertempur hihi


khusyuk mengukir ha ha


penyelia nak datang so kita welpie dulu


kem gemilang skor A+
(last program esoknye dah last day :'( )



sekejap je 2 bulan, pejam celik pejam celik dah hari last kami kat SPI. sedih pulak rasa. keesokkannya dah nak kena terbang ke Brunei.. hari last adalah majlis perpisahan bagi kami dan juga seorang pegawai yang berpindah ke Bentong. memang kami sangat terharu dan paling mengejutkan hadiah yang kami dapat.. terkedu terkelu kami waktu tu..nak nangis pun ada.serba salah dibuatnya kerana kami tidak pula menyediakan apa2 untuk diberikan sebagai kenangan. 




sebahagian hadiah yang kami dapat..bukan share tau tapi seorang.. hihi


terima kasih kepada semua pegawai2 dan staf2 dekat SPI kerana menerima kami dan memberi tunjuk ajar kepada kami. minta maaf ye atas kesusahan dan kesalahan yang kami lakukan..huhu..




Thursday, October 22, 2015

BJFA-UBD

saja je masuk malam ni nak cita sikit pengalaman aku pakai Yukata @ Kimono kalau di Korea.. disebab sewaktu di UM aku tak sempat nak cuba pakai Kimono jadi aku buat keputusan untuk join kawan aku pergi ke Kurakata yang dianjurkan oleh kelab Jepun di UBD ni..
pada awalnya hanya kami berenam sahaja pesertanya tetapi setelah tamat satu games baru la bertambah pesertana hihi.. okey first games yang kami main adalah KARUKATA.. ini first time aku main games ni tp sebelum ni perlah la tengok orang main tak tahu plak namanya Karukata haha... Karukata kami pada hari ni hanya berbentuk basic mungkin sebab kami semua masih baru dengan games ni.. okay first round aku lawan kawan aku sendiri dan menang dengan 4;3. so next round ada 4 orang yang berjaya dan salah sorangnya adalah kawan aku juga, so aku decide nak pilih orang lain untuk lawan. bagi second round, alhamdulillah aku menang juga tapi menang yang teramat tipis 7:6 haha.. memang seronok r main ni.. okay untuk final round kad kami semakin bertambah dari 7 ke 13, dari 13 ke 19(kalau x silap aku la).haha, mmg hebat la aku nak ingt kedudukan kad tu kan.... waktu la nebes aku datang menyerang haha..so final round aku terpaksa surrender dengan terpaksa .. tapi aku enjoy games tu walaupun kalah.. tips main games tu kena fokus then dengan perkataan pertama yang disebut,so blh la nak aim kan gambar yang mungkin akan disebut.. :)



lawan sewaktu final

second games

hadiah yang aku dapat haha

lps main kami rest kejap.. dalam 10 minit kami sambung kembali dengan yukata session.. ahli kelab mula la menunjukkan demo kepada kami cara pemakaian Yukata ni..fuh memang susah kalau nak pakai sorang2..x cukup tangan haha.. lps demo kami pun berpecah kepada 3 group dan lepas tu mula la pertandingan memakai yukata dengan pantas..Alhamdulillah group kami terpantas haha..yang lain baru setengah pemakaian kami dah siap bergambar haha.. kami diberi masa 5 minit sorang untuk mencuba yukata.. giliran aku tiba dengan pelawaan dari group sebelah yg diketuai oleh ahli kelab sendiri..hah!!! ape lagi memang la hancur aku dikerjakan diorang..tarik sehabis mungkin untuk ketatkan tali dan reben belakang tu..mak aihhh semput nak tahan nafas smpai nak ckp pun dah tak berapa nak lepas haha.. simple je sebenarnya cara nak pakai yukata ni.. belit situ belit sini dah siap haha.. dapat la juga pengalaman ,lps ni nak kawin ambk persalinan yukata pom blh je buat sendiri haha *berlagaknyerrr* :P 


student exchange juga macam aku dari Indonesia..


ni la hasil tarik sana tarik sini


kol 5 program kami tamat dah sebelum bersurai kita bergambar dulu sampai pengsan hahaha..


ini je yang datang haha... 

thanks gais... happy sangat hari ini..harap lps ni dapat mencuba budaya Korea dan China pulak.. 
okeiii mata dah kuyu..sini kol 12 dah macam kol 1 pagi..mengantuknya tu lain sikit.. lambat tido mau esok x bangun haha.. k bai..