Popular Posts

Saturday, December 12, 2015

MIRI kawe mari..

Hahaha.. baru teringat nak cita sal aku ke miri sewaktu berada di Brunei.. Itu pun atas pelawaan saudara kawan aku yang dah lama ajak kami ke rumahnya.. jika tak bersambut tak sedap la pulakkan. so kami pun decide la nak ke Miri selama 3 hari.. So 3/11 kami pun berangkat la ke Miri. kali ini kami menggunakan perkhidmatan bus dari Brunei ke Miri.. dapat juga berasa pengalaman menaiki bus melalui sempadan negara haha.. plan asal kami nak bertolak pagi tetapi disebabkan tak ada orang yang boleh hantarkan kami ke bandar so kami pun tukar la plan pergi trip petang. kami bertolak dalam pukul 1 tengahari dan sampai ke Miri dalam pukul 5 petang..


ni la bus kami naik


Sampai saja kami dijemput oleh Acik Hawa bersama anaknya, tinggal la kami dirumahnya selama 3 hari.hihi.. segan juga duduk rumah orang lama2.. haha.. disebabkan kami sampai dah malam so hari tu kami stay saja di rumah. esoknya kami pergi ke pusat kraf tangan tok beli sedikit cenderamata untuk kenang-kenangan. lepas jejalan sekejap kami singgah ke kedai kek batik.. dah lama x makan kek batik Sarawak tp kek kegemaran aku dah habis huhu.. sedih nya!!...

petang itu pulak kami pergi ke Miri Crocodile Farm (betul tah ejanya haha).. First time sampai sini dan tambahan plak aku ni pencinta binatang yg tak berapa nak tegar so excited la nak tengok boya dan binatang lain dek kerana dekat brunei aku hanya nampak Ambuk saja tiap2 hari. haha..



masuk la kami melawat boya-boya selepas membayar dan mendapat gelang masuk.. puas la hati dapat tengok binatang tp disebabkan ni taman boya so kebanyakkan adalah boya..muahaha.. ni first time aku tengok boya yang banyak dan besar2 sampai aku terbayangkan kalau la aku jatuh sempat tak nak lari huhu.. mohon dijauhkan..

pengalaman yang paling best adalah bila aku dapat bagi boya makan..memang menakutkan haha. kuat kot tarikannya sampai aku kena bantu dengan kawan untuk tarik balik kayu yang aku pegang.. dan yang paling best juga bila kami dapat bergambar dengan beruang yang sangat sedap dipeluk haha.. kalau la boleh bawa balik dah lama aku angkuk.. best giler saat dia baring setelah dapat susu..hoho.. hangat je badan dia dengan bulu yang halus...tapiii yang x tahannya baunya MasyaAllah..... wangi sangat macam nak sakit hidung aku haha.. dah lama x mandi kot muahaha.. kami juga sempat bergambar dengan ular klu tak silap jack kot nama dia hah..



bersama kak Aniah




hari tu satu hari kami jalan sebab esoknya dah nak balik Brunei balik da.. Alhamdulillah sempat berjalan ke Sabah dan Sarawak sepanjang berda di Brunei.. Limbang je x sempat nak jejak.. ermmm lain kali lah kalu ada rezeki hihi..


terima kasih cik Hawa sekeluarga kerana sudi menjemput dan menerima kami yang diperantauan ni dan terima kasih juga kak Niah dah bawa kami jalan-jalan haha..

TERIMA KASIH ATAS KENANGAN INI

Alhamdulillah dah berakhir la semalam kenangan kami di JDPI walaupun aku masih lagi diperlukan untuk 1 semester haha.. (poyo padahal terpaksa) hehe.. Terima kasih kepada adik2 junior yang sanggup  bertungkus lumus mengadakan majlis makan malam untuk kami senior2 yang bakal menghabiskan sisa2 pengajian kami.. kalau sem lepas kami n the geng yang bertungkus lumus dalam meraikan senior2 kami tp malam td kami pulak yang diraikan..sekejap jer  rasa macam semalam baru kami mendaftar. pejam celik pejam celik dan hampir tiga tahun setengah kami berjuang di Universiti Malaya ini. segala perit lelah suka duka kami tempuhi bersama.

18 orang puteri tanpa putera tidak menghalang kami untuk bergerak dan bergerak dan bergerak bagi menjayakan program2 jabatan. tanpa tenaga lelaki kami mampu berjuang haha.. Alhamdulillah kerana aku dikurniakan mereka2 yang sangat sporting dan boleh bersama-sama dalam menempuh perjuangan kami sepanjang 3 tahun setengah ini.. bersama mereka lah aku mengenali apa itu sahabat, apa itu kawan dan apa itu lawan.. huhu bersama mereka aku menempuh hari-hari aku disini dengan berkat dan izin daripada Allah juga.

semoga kenangan kita sepanjang perkenalan ini akan tetap terpahat rapi tersimpan kemas didalam sanubari kita semua.. tahniah bagi yang mendapat anugerah akademi, daie harapan, cabutan bertuah dan juga Princess of the night kita kongker.. haha ..jumpa nanti di majlis konvo .. insyaAllah.. semoga berjaya dalam menyiapkan FYP dan Final exam yg akan datang.. terima kasih kerana memberi aku kenangan manis dan pahit bersama..hehe




sayang sebab semua tak dapat hadir dek kerana ada kekangan masing2



Untuk adik-adik junior (walaupun tak kan ada yang baca blog ni, aku nak juga tulis haha) terima kasih kerana sudi meraikan kami dalam majlis yang bagi aku cukup hebat didalam keadaan kewangan yang tidak mengizinkan untuk dibuat di hotel2 besar namun ianya cukup bererti buat kami kakak-kakak senior.. terima kasih juga atas penghargaan dan anugerah yang diberikan walaupun aku tidak layak untuk mendapat semua itu. ..


ni la muka2 penggerak dinner semalam


 Buat 'ahli keluarga' Family Day (yg teramat aku sayang), Anugerah itu untuk korang semua. tanpa kalian aku tidak akan dapat bergerak.. Terkejut juga bila nama aku dipanggil saat fikiran aku menjangkakan orang lain yang akan mendapatkannya.. haha.. (nasib baik tak keluar balik ayam dalam mulut) ..



Anugerah pengarah program khas untuk korang warga family FD

akhirnya bagi entri last tahun ini (sehingga berjumpa line internet haha) aku nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis makan malam untuk kami senior2.. sangat happy malam tadi.. teruskan perjuangan kalian dan jangan lupakan kami walaupun kami tidak penting untuk diingati haha..

p/s: gudluck final exam .. insyaallah sem depan kita jumpa lagi.. berkelip2 la mata kami bertujuh nanti.. huhu sedih nya :"(

Thursday, December 10, 2015

KENANGAN DEMI KENANGAN

Alhamdulillah sudah  2 minggu aku kembali ke Malaysia setelah 3 bulan berada di negara orang dan baru sempat nak buka blog haha... Happy dapat jumpa Malaysia lagi.. Ha ha ha..  Bila jumpa je saudara mara semua bertanya best ke duduk negara orang? rindu tak bila dah balik sini? macam-macam lagi lah.. Yes.. rindu tu mesti lah rindu pada awal-awal tu sebab kita dah tgerbiasa dengan suasana awal di Brunei. bila balik rumah tu terasa la sikit macam ada kehilangan sesuatu. Tp biasa la best tempat orang best lagi tempat kita.. kannn.. Macam-macam kenangan dan pengalaman yang tidak akan dilupakan sepanjang di UBD. harap dapat la jejakkan kaki ke situ suatu hari nanti. ermm..





bergambar kenangan dengan lecture dan sahabat sepanjang 3 bulan.. huhu sedih la pulak haha