Popular Posts

Thursday, October 1, 2015

Ceriteraku di negara orang : Brunei Darussalam


#latepost
#repost
Bismillah..
alkisah semalam punya cerita..
awalnya plan nk keluar pukul 8 pgi tp disebabkan mengantuk ubah plan kluar pukul 9 pg.. kol 8 kol la pak cik bus nak tanya pukul berapa dtg UBd, sekali dia kata lagi 10 minit saya smpai.. 10 minit ok 10 minit.. ape lagi berkejaran la bersiap capai je ape yang ada.. kaki pom terpaksa speed walaupun x baik sngt lagi sbb bus dah tggu..hihi naik je dah nak kna marah hahak maaf la pakcik..kami budak baru belajar.. smpai je Bandar Seri Begawan terus tanya org nak ke library DBP, sekali sampai library buku yg dicari not available at any library.. erkkkk!!!!! stress disitu, tanya la akak librian mana blh dpt buku tu.. dia pom bagi no tel kedai DBP kot2 ada stock yg blh dibeli.. ape lagi col la kedai buku smasa dlm bus ,kira2 kami nak kesana terus, sekali dia kata dtg kol 3, dia try selongkar kot2 ada yg terselit diantara buku2 lain sbb buku tu mmg x de stock..
ok x pe la kami teruskan perjalanan ke the mall bagi mengambil buku kawan seperjuangan.. sementara menunggu untuk ke jln airport lama kami ronda main gerak khas dlm the mall.. kol 2 kami gerak ke pejabat DBP.. smpi je dkt bustop jln airport lama, akak dlm bus pun tunjuk la jalan .. turun je bus jumpa pondok phone yg dah jrang sngat jumpa sekarang ni..ape lagi terus la bergambar semuanya.. hihihi .. lps tu terus jln, waktu ni banyak la pertelingkahannya, sorang kata ikut situ sorg kata ikut sini, last2 tanya pak guard klinik gigi n satu group lagi tanya akak yg kebetulan lalu dekat situ.. nak kata rezeki dalam perjalanan lps dah dpt directionnya, akak yg kami tanya td lalu dan pelawa untuk menghantar kami.. Alhamdulillah blh rest kjp kaki.. sekali gerak mak aihhh jauhnyer..haha.. sekali terfikir macam ne nak balik nnt.. nak balik!!!!.. huhu ape pom kita pergi tgk buku dulu n Alhamdulillah kesemua buku yg kami cari ada dkt situ.. fuhhh hapie trus muka.. sekali keluar dari bangunan DBP semua mengeluh.. mcm ne nak balik haha..paksa la juga kaki melangkah mengikut arah yg dilalui oleh akak td.. jln punya jln jumpa la bustop yg mcm x berfungsi lagi haha..cuak juga tkut bus x de..sekali dtg pak cik n mak cik so hati kata ok ada la tu busnya.. untuk keselamatan kami tanya la mak cik tu. dia kata ada bus tp kena round dulu sblm ke bandar.. ok la x pe lah sbb dlm fikiran masing2 raound kawasan ni je kot..
ok bus smpai dan kami pon naik... hambik ko satu jam dalam bus msuk kg ni keluar kg lain tup2 tgk pakcik bus lalu ikut tempah yg kami tggu bus td..bengang ade nk ketawa pom ade..hah ambik nk sngt kan round bandar, bayar 1 dollar je semua kg ko jejak haha.. resah gelisah la semuanya tkut x sempat ke gaint.. smpai je terminal trs ambk bus nak ke gaint sekali jln nk ke gaint pom mcm jauh jer..haha smpai je gaint dah hmpir dgn waktu yg dijanjikan dgn uncle.. erm kesudahnnya trs pergi naik van uncle..gaint tah ke barang tah ke mana,.. bawa je la balik buku MAKA... smpai je bilik mmg pengsan smpai ke pagi la semuanya..
huhu sorry n thanks gais sanggup menempuhi semua demi buku MAKA untk saya buat pembantangan lps cuti ni.. Alhamdulillah plan nak round Bandar dah tercapai..hihi

30 Ogos-30 September 2015

Hari ini cukup sebulan aku diperantauan.. Sepanjang sebulan ini banyak perkara aku belajar dari suka duka gelak ketawa menangis sedih marah kecewa semua itu aku lalui dengan tabah demi sebuah ilmu dan pengalaman.. Aku belajar dari apa yang berlaku sebagai satu pendorong dan semangat aku dalam mencari ilmu dan dalam menghadapi asam garam kehidupan.. Ini baru permulaan, masih lagi jauh perjalanan aku.. Misi utama aku join program ini masih lagi jauh tidak tertunai .. Masih lagi tercari-cari diri aku yang sebenarnya.. Semoga Allah memberikan aku kesempatan itu dalam masa 2 bulan berbaki..

Tuesday, September 29, 2015

5 tahun berlalu

ya..dah hampir 5 tahun aku tak menjengah blog ni.. x sangka wujud lagi rupanya..haha.. insyaAllah akan cuba menggunakan ruangan blog ni sebaik mungkin nanti.. mungkin dgn blog ni blh mengasah skill menulis dan berfikir aku.. banyak sebenarnya nak ditulis tetapi dek kerana keyakinan tok menulis tu kurang jadi dia terkubur diminda sahaja.. hihi ok selamat kembali buat diri sendiri.. kita update balik nanti.. nak clear la ape yang x penting dlm ni dulu.. k bye..